Tuesday, February 26, 2013
Wednesday, February 20, 2013
PEMAKAIAN TKRS
Pemakaian Pelajar Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Pemakaian Pelajar Kadet Remaja Sekolah (KRS) Pemakaian Pegawai Kadet Remaja Sekolah
"Pemakaian uniform yang tepat penting dalam menjaga kredibiti pasukan dan keperibadian pemakai serta organisasinya"
Ada 3 jenis Uniform KRS
|
Pemakaian kadet TKRS dinamakan Pakaian Utama TKRS.
Banyak kesilapan berlaku dalam pemakaian uniform bagi TKRS.
Antara kesilapan utama ialah memakai seluar no 4 (seluar hijau gelap - sepatutnya seluar biru) yang berpunca daripada Guru Penasihat yang kurang pengetahuan dan pembekal uniform yang sekadar menjual tanpa mengetahui spesifikasi pemakaian. Di samping itu, sepatutnya tiada sebarang lencana dijahit pada bahagian bahu/lengan baju.
Sila rujuk buku pemakaian di page Baca Buku KRS
|
Kadet KRS (sekolah menengah) dibolehkan memakai 2 jenis pemakaian iaitu:-
|
KATEGORI PEGAWAI KRS
Pegawai KRS terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:-
|
|
|
JENIS PEMAKAIAN
Ada 3 jenis pemakaian yang disesuaikan dengan fungsi dan situasi. Semua pegawai LAYAK memakai semua jenis pemakaian tersebut, iaitu:
|
ETIKA PEGAWAI SEMASA BERUNIFORM
Semasa beruniform kita tertakluk kepada etika semasa beruniform. Ianya adalah etika universal yang digunapakai oleh semua unit beruniform. Antara yang utama ialah:-
Jagalah imej diri kita sendiri, jabatan dan KRS dengan berpakaian dengan tepat.janganlah kerana kurangnya pengetahuan kita maka kita dipandang rendah oleh anggota badan beruniform yang lain (polis,tentera dan sebagainya). Sebarang keraguan silakan rujuk Buku Pemakaian, Tanda Pangkat dan Panggilan Pangkat. di page Baca Buku KRS atau muat turun di page Muat Turun blog kami.
|
PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN KRS
Pangkat Pegawai Pengurusan KRS merupakan pangkat yang secara automatik disandang oleh pegawai pengurusan di sekolah, PPD, JPN dan KPM berdasarkan jawatan hakiki yang disandang. Pangkat ini tidak lagi sah apabila beliau menjawat jawatan lain yang tidak setara.
Walaupun sesorang pegawai pengurusan dibolehkan memakai uniform berserta pangkat yang diperuntukkan, pegawai tersebut perlu juga melalui proses perlantikan dan pentauliahan.
|
SENARAI ORANG PALING KAYA DI MALAYSIA
Gambar – senarai terkini top 20 jutawan terkaya di Malaysia pada tahun 2013
Robert Kuok, hartawan Malaysia masih merupakan orang terkaya di
Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88
peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli
perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh
Hong Piow.
Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami
penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun
lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai
RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari 2013
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun
ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53
bilion tahun lepas
Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari
kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai
RM10.56 bilion
Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri
Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan
Lebih lanjut di : http://www.enciknakal.com
AMAH DERA LAMBUNG ANAK MAJIKAN KENA PENJARA 20 TAHUN
Kekejaman seorang pembantu rumah warga Indonesia (amah) yang melambung membaling,mengangkat dan menghempas secara mengila sehingga mendatangkan kecederaan anak majikannya yang berusia 4 bulan itu pada 15 Februari lalu dibalas dengan hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan
Tertuduh, Yuliana dari Acheh, Indonesia kelihatan bergenang air mata sebaik saja hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Sesyen di Kuantan lapor akhbar myMetro
Terdahulu,perbuatan tertuduh terbongkar apabila tindakan kejamnya itu berjaya dikesan menerusi sambungan rakaman kamera litar tertutup secaralangsung dalam talian yang dapat di tonton menerusi telefon pintar milik majikannya

Tuesday, February 19, 2013
Teladani Akhlak Rasulullah Dalam Usaha Membentuk Integriti Diri
Rabiulawal, bulan
kelahiran Rasulullah SAW, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada
Ilahi atas kurniaan rezeki tidak terhingga nilainya kerana menjadi umat
Nabi Muhammad SAW yang diutuskan membawa petunjuk kebenaran dan berita
gembira kepada yang beriman.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira
(kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang yang
ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan
diminta (bertanggungjawab) mengenai ahli neraka.” (Surah al-Baqarah,
ayat 119)
Sabda Rasulullah: “Hendaklah kamu bersikap benar, kerana sesungguhnya bersikap benar membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga, dan seseorang itu akan sentiasa bercakap benar hinggalah dia dicatat sebagai yang amat benar di sisi Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud: “Sesungguhnya percakapan yang paling baik adalah kitab Allah SWT. Dan petunjuk yang paling benar adalah petunjuk Muhammad SAW.” (Riwayat Al-Bukhari)
Pengorbanan besar
Kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya dilihat melalui keseluruhan pengorbanan Baginda menyampaikan risalah dan hakikat kebenaran itu sehingga sanggup mengharungi apa juga cabaran dengan penuh kesabaran, ketabahan serta kebijaksanaan sangat tinggi.
Baginda SAW apabila dijanjikan pelbagai ganjaran oleh pembesar kafir Quraisy supaya meninggalkan usaha dakwah bersabda: “Walaupun diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku sekalipun untuk aku meninggalkannya, nescaya tidak juga akan aku lakukan.”
Begitulah kuatnya pegangan Rasulullah dalam menyampaikan risalah kebenaran kepada umatnya. Pada masa sama, kebenaran ajaran Islam yang dibawa tidak akan terserlah jika tidak ditunjukkan dengan kemuliaan sifat siddiq iaitu jujur dan benar.
Sifat benar yang ditunjukkan Baginda meliputi segala aspek pegangan kepercayaan, pertuturan dan perbuatan. Sifat benar ini telah menimbulkan rasa percaya dan senang dalam hati orang yang mengenali dan berurusan sehingga mendorong untuk beriman dengan ajaran yang dibawa.
Tak pernah menipu
Dr Mahmud Muhammad dalam penulisannya, Babeli ‘al-syabab al-Muslim fi Muwajihat al-Tahdiyyat menukilkan bahawa Saidina Abu Bakar pernah berkata mengenai Rasulullah SAW: “Dia tidak pernah berdusta kepada manusia, maka bagaimana pula dia boleh berdusta kepada Allah SWT?”
Justeru, di kala ramai yang tidak mempercayai termasuklah daripada kalangan mereka yang beriman mengenai perkhabaran Israk Mikraj Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar sebaliknya tanpa ragu mempercayai sesuai dengan jolokan gelarannya al-Siddiq.
Jujur dalam perniagaan
Sifat mahmudah ini ditiru sahabat antaranya Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaan yang diusahakan dengan jujur tanpa tipu helah, benar dan bijaksana sehingga berjaya mengaut keuntungan memecahkan monopoli perniagaan kaum Yahudi di Madinah.
Rasulullah memuji mereka yang jujur dengan sabdanya: “Peniaga yang jujur akan ditempatkan bersama nabi, golongan yang benar, syuhada dan solihin.”
Baginda juga mengingatkan dengan tegas bahawa amalan dusta bukan daripada kalangan umat Baginda. Baginda menegur peniaga yang tidak jujur kepada pelanggannya apabila didapati mencampurkan antara buah kering dan basah dalam satu longgokan.
Sifat siddiq bentuk integriti
Justeru, dalam bekerja dan memberikan perkhidmatan, sifat siddiq Rasulullah perlu kita contohi khasnya untuk membentuk integriti. Terdapat pelbagai cara diambil majikan untuk memelihara dan membangunkan kualiti sifat ini termasuklah menyediakan kod etika perkhidmatan.
Beberapa contoh tatacara kerja yang tidak bertanggungjawab dan tidak berteraskan kejujuran ialah pemalsuan dokumen, pemindaan data dan fakta, pemalsuan tuntutan, tidak menjaga kerahsiaan daripada ketirisan, tiada ketelusan dalam tindakan dan membuat keputusan, penyalahgunaan kuasa serta suapan.
Firman-Nya: “Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar.” (Surah al-Taubah, ayat 119)
Menurut Imam al-Qurtubi, Allah SWT menyifatkan orang yang benar dan beriman dalam urusan mereka sebagai orang yang bersungguh-sungguh dalam agama.
Sabda Rasulullah: “Hendaklah kamu bersikap benar, kerana sesungguhnya bersikap benar membawa kepada kebajikan, dan kebajikan akan membawa kepada syurga, dan seseorang itu akan sentiasa bercakap benar hinggalah dia dicatat sebagai yang amat benar di sisi Allah.” (Riwayat al-Bukhari)
Sumber: Berita Harian
Monday, February 18, 2013
Awas: Teknik Mudah Mencuri Kereta MyVi
Serius tak sangka yang MyVi mudah dicuri begitu sahaja dengan teknik
yang betul. Saya bukan hendak mengajar cara-cara mencuri menggalakkan
kecurian kereta, tapi untuk untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku.
Berikut adalah langkah bagaimana kereta myvi dicuri;
Berikut adalah langkah bagaimana kereta myvi dicuri;
- Cari dan tarik salah satu wayar yang terdapat pada ruang tayar hadapan sebelah kanan kereta Myvi.
- Selepas itu, tempat enjin akan terbuka. Kemungkinan juga alarm kereta akan dihidupkan. (Bagi kereta Myvi yang mempunyai alarm)
- Buka tempat engin dan cabut wayar alarm.
- Buka dan by pass salah satu fius. Tujuannya untuk buka pintu kereta.
- Dengan menggunakan screw driver, buka steering lock.
- Kemudian, start engine menggunakan screw driver juga.
- Selesai dan kereta tersebut dah jadi milik pencuri.
sumber: http://syahrulzaman.blogspot.com
Sinopsis, Trailer Dan Gambar: Filem Kerat 14
Sekiranya anda meminati filem aksi tempatan, jangan lupa untuk menonton filem Kerat 14 di pawagam berdekatan anda mulai 14 Februari nanti.
Filem Kerat 14 diarah oleh pengarah muda, Arjin Uppal dan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Ghous, Ali Arami, Zamarul Hisham, Arash Mohd dan Azhar Jb.
Sinopsis Filem Kerat 14
Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya.
Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman.
Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.
Trailer Rasmi Filem Kerat 14
Trailer rasmi filem Kerat 14 ini juga telah mencapai angka lebih daripada satu juta tontonan di Youtube. Adakah filem ini juga akan mendapat jutaan tontonan nanti?
http://www.youtube.com/watch?v=fLE8vMgsObs&feature=player_embedded#
Percutian Rozita Che Wan Dan Zain Saidin DI Universal Studios Singapore
Kisah percintaan Rozita Che Wan dan Zain Saidin semakin menjadi tumpuan. Tambahan pula gambar Rozita dan Zain bercuti bersama keluarga di Universal Studio Singapore. Selepas isu hangat tentang perkahwinan Rozita Che Wan, kini isu percutian bersama dengan Zain Saidin pula. Kredit to rotikaya
Kalau sudah jodoh, berkahwin sajalah Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Demi mengelak lebih banyak fitnah dan gosip. Anak Rozita Che Wan turut sama mengikut ke USS bersama dengan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Adakah nasi minyak Rozita Che Wan sudah dapat dihidu?
Tips 10 Perkara Penting Untuk "Dikongsi" Dalam Facebook
1)Tarikh lahir
Mendedahkan
tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila
institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan
penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian
identiti. But,it depends....
2) Nama ibu
Korang
perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai
soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat
peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3) Alamat rumah anda
Tidak
perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana
penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam
talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.”
4) Perjalanan jauh dari rumah
Status
yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang
panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kita
tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun,
berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi
pompuan. Ingat!
7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai
yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang,
terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan
korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati
dan mulut yang melaporkan..Hoho
8) Nombor telefon
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang
berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?
9) Mengira detik percutian anda
Lebih
baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas
pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian
sebelum pergi bercuti.
10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai
lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami
baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si
‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh
rumah korang sangatlah tinggi.
sumber :blog anif
BLACKBERRY 10 AKAN TEMUI PEMINAT
TORONTO: Research In Motion (RIM) menghasilkan sistem terkini yang
membolehkan penggunanya menggunakan saluran baru telefon pintar
BlackBerry 10 dalam rangkaian mereka sendiri.
Langkah itu sekali gus membuka jalan untuk syarikat itu melancarkan peranti harapannya menjelang 30 Januari ini.
Langkah itu sekali gus membuka jalan untuk syarikat itu melancarkan peranti harapannya menjelang 30 Januari ini.
RIM pada Rabu lalu berkata, sistem pengurusan peranti baru iaitu
BlackBerry Enterprise Service 10 (BES 10), kini tersedia kepada agensi
kerajaan dan pelanggan korporatnya.
Sistem itu akan menyokong hubungan dua hala antara peranti mudah alih milik korporat-pekerja serta menyediakan platform menguruskan peranti berasaskan BlackBerry, Android dan iOS milik Apple.
Telefon pintar Blackberry yang dipacu sistem operasi baru dilihat sebagai nadi utama kelangsungan masa depan RIM, yang ketika ini tewas kepada penguasaan pasaran Apple dan peranti Android.
RIM kini mempertaruhkan barisan peranti baru yang dibangunkan semula dengan skrin sesentuh dan papan kekunci yang diharapkan akan memenangi kembali pelanggan dan penguasaan pasarannya.
Nasib telefon pintar baru itu akan ditentukan daripada penerimaan pelanggan utama RIM, yang kebanyakan sehingga kini masih menggunakan RIM kerana ciri-ciri sekuriti bagi peranti BlackBerry yang kukuh.
Sistem pengurusan peranti mudah alih itu dibangunkan diatas teras sekuriti RIM, menawarkan barisan inovasi yang akan membolehkannya ditambah baik mengikut jabatan IT mereka, kata ketua kanan bagi perisian enterpris RIM, Peter Devenyi.
“Kami pasti pelanggan (enterpris) akan mengambil bahagian untuk menukar kepada BB10,” kata Devenyi, yang merujuk maklum balas positif daripada agensi kerajaan dan komuniti perniagaan.
Kedua-dua peranti BES 10 dan Blackberry 10 kini sudah pun mendapat pensijilan Federal Information Processing Standard (FIPS) 140-2, iaitu pelepasan sekuriti yang ditetapkan kerajaan AS bagi membenarkan agensi kerajaan menggunakan peranti itu sebaik saja ia dilancarkan. - Reuters
Friday, February 8, 2013
BUAT RINGTONE HANDSET SECARA ONLINE
Anda teringin menjadikan sesuatu lagu kegemaran anda sebagai ring tone telefon bimbit anda , masalahnya lagu tersebut terlalu panjang atau anda mungkin hanya meminati bahagian bahagian tertentu dari lagu tersebut untuk di edit dan di jadikan ring tone. mp3Kut menyediakan semua kemudahan ini secara online cubalah , mudah sangat. Kalau nak pakai software sila download kat sini mp3Cut freeware
28 Nov. 2013 bintang berekor dan kemunculan Al Mahdi
Perihal bintang berekor yang termaktub dalam kitab
al-Jufr
Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;
Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".
Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.
Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".
Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;
Bintang berekor yang akan muncul pada 28 November 2013.
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga kaki langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
kredit to http://petunjukzaman.blogspot.com/

- Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya. Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah? Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri. Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.
- Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas. Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu. Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad. Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh. Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya. Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Bintang berekor yang akan muncul pada 28 November 2013.
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.
Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.
Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga kaki langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.
Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
kredit to http://petunjukzaman.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)