Blogroll

Monday, February 18, 2013

Sinopsis, Trailer Dan Gambar: Filem Kerat 14




filem-kerat-14-2013

Sekiranya anda meminati filem aksi tempatan, jangan lupa untuk menonton filem Kerat 14 di pawagam berdekatan anda mulai 14 Februari nanti.

Filem Kerat 14 diarah oleh pengarah muda, Arjin Uppal dan menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Ghous, Ali Arami, Zamarul Hisham, Arash Mohd dan Azhar Jb.

kerat-14-7
Sinopsis Filem Kerat 14
Kerat 14 merupkan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nuzara. Haziq dan Nuzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nuzara kekasihnya.

Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nuzara ketika Nuzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur. Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nuzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman.

kerat-14-3Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nuzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nuzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nuzara.
kerat-14-9

Trailer Rasmi Filem Kerat 14

Trailer rasmi filem Kerat 14 ini juga telah mencapai angka lebih daripada satu juta tontonan di Youtube. Adakah filem ini juga akan mendapat jutaan tontonan nanti?

http://www.youtube.com/watch?v=fLE8vMgsObs&feature=player_embedded#

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...