1)Tarikh lahir
Mendedahkan
tarikh lahir sebenar korang adalah sangat berisiko tinggi apabila
institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan
penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan korang kepada kecurian
identiti. But,it depends....
2) Nama ibu
Korang
perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai
soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat
peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.
3) Alamat rumah anda
Tidak
perlu rasanya paparkan alamat kediaman korang kepada umum kerana
penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam
talian apabila anda ‘update’- “Yeay, kat Pulau Langkawi ni uols, cuti-cuti Malaysia.”
4) Perjalanan jauh dari rumah
Status
yang memberitahu ketiadaan korang dirumah dalam sesuatu tempoh yang
panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah kita
tu sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.
5) Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat
Jika korang ‘check-in’ sama ada hospital atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.
6) Gambar yang tidak sesuai
Zaman
teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun,
berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’. Lagi-lagi
pompuan. Ingat!
7) Pengakuan atau kekecewaan
Ramai
yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang,
terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan
korang jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati
dan mulut yang melaporkan..Hoho
8) Nombor telefon
Memaparkan
nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana korang
berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan korang.. Kalau nak jual sesuatu barang, camne plak ?
9) Mengira detik percutian anda
Lebih
baik korang memberitahu rakan-rakan korang berkenaan percutian selepas
pulang dari bercuti daripada korang berkongsi perkiraan detik percutian
sebelum pergi bercuti.
10) Gambar di dalam rumah
Mempunyai
lappy yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami
baru membelikan rambut palsu dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si
‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh
rumah korang sangatlah tinggi.
sumber :blog anif
0 ulasan:
Post a Comment