Blogroll

Sunday, February 28, 2010

Petua Imam Syafie

Empat perkara menguatkan badan:

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata:

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup / tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Kalau rajin.... Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal.


Wednesday, February 24, 2010

Gangguan Skrin Biru

Ketika menggunakan Windows XP, ia mungkin tiba-tiba lumpuh, terhenti atau diganggu oleh skrin warna biru. Gangguan ini merupakan ralat terhenti yang dipanggil Blue Screen of Death (BSOD) atau Stop Error. Pada skrin tersebut juga, lazimnya anda dapat melihat penjelasan teknikal berkaitan masalah yang mungkin dihadapi. Sebagai pengguna, anda juga perlu tahu beberapa puncanya seperti yang tersenarai di bawah ini.



Gangguan Skrin Biru

Ralat perisian ketika operasi Windows.
Perisian atau driver peranti yang dipasang dalam PC mungkin memiliki ralat atau masalah yang menyebabkan ralat terhenti, secara tetap atau dalam keadaan tertentu.

Ralat perkakasan semasa Windows beroperasi.
Jika peranti gagal berfungsi atau ditanggalkan ketika Windows beroperasi, atau perkakasan tidak menyokong sepenuhnya Windows XP, maka ralat terhenti bagi perkakasan akan berlaku. Selain itu, maklumat BIOS yang sudah lapuk mungkin juga puncanya.

Ralat pemasangan.
Proses pemasangan Windows XP merupakan tempoh yang paling sensitif terhadap masalah ralat perkakasan dan cakera. Jika ada masalah yang melibatkan konfigurasi perkakasan PC atau media yang digunakan untuk memasang Windows XP, maka ralat terhenti mungkin akan berlaku.

Ralat ketika Windows dimulakan.
Fail sistem rosak dan ralat perkakasan atau driver, semuanya boleh menyebabkan Windows XP memaparkan ralat terhenti dan gagal dibutkan dengan betul. Masalah ralat seperti ini lazimnya perlu ditangani terlebih dahulu sebelum Windows boleh dimuatkan dengan betul.

Ralat secara berselang seli.
Ralat terhenti jenis ini adalah yang paling tidak digemari, kerana ia muncul secara tetap dan kadangkala secara rawak. Besar kemungkinan puncanya ialah kecacatan pada memori sistem, pemproses yang terlalu panas, pemacu keras rosak atau kerosakan perisian atau driver peranti.

* Ralat DLL yang tidak serasi.
Windows memuatkan DLL ke dalam memori apabila ia diperlukan oleh sesebuah aplikasi. Jika versinya berubah, maka di lain ketika aplikasi memuatkan DLL ini, ia mungkin berbeza daripada apa yang dijangka oleh aplikasi tersebut. Masalah ini juga boleh menyebabkan ralat.

Menangani Masalah BSOD

Sungguhpun Windows XP dianggap lebih stabil berbanding Windows sebelumnya, namun ralat tetap ada. Contohnya, masalah tidak serasi meningkat dari masa ke semasa apabila semakin banyak perisian-perisian baru dipasang pada sistem. Ini adalah satu sebab utama kenapa Windows yang baru dipasang lebih stabil daripada Windows yang sudah lama digunakan. Punca lain ialah masalah memori, driver dan lain-lain lagi.

Jika ia melibatkan driver kad grafik yang sudah lapuk, ia perlulah dikemas kini. Selepas memindah terima driver baru, butkan sistem ke dalam “safe mode” beberapa kali. Arahkan PC masuk ke dalam mod tersebut dengan menekan kunci F5 beberapa kali apabila muncul paparan "Starting Windows..." Safe mode ini akan menghalang PC dari mengakses komponen yang terdedah kepada kerosakan seperti rangkaian dan video.
Jika anda tidak boleh menghasilkan ralat dalam safe mode, maka driver peranti mungkin punca sebenarnya. Dengan mematikan satu komponen pada satu masa dan menguji sehingga anda pasti peranti manakah yang menyebabkan kegagalan, anda sepatutnya boleh menjejak kembali ralat tersebut. Jika tugas penyiasatan ini tidak berhasil juga, atau jika ralat masih ada, anda boleh mula melihat pada RAM dan pengurusan memori.

Disebabkan ada pelbagai kemungkinan berlakunya kelumpuhan dan ralat terhenti, maka adalah sukar untuk Windows menampilkan set arahan yang lengkap untuk setiap kemungkinan BSOD. Sesetengah tapak web dalam internet ada menyenaraikan ralat terhenti yang dikenal pasti dan beberapa penyelesaian sesuai. Anda yang berminat boleh merujuknya untuk mencari penyelesaian. Gunakan enjian carian untuk menjejakinya.

Saturday, February 20, 2010

Konsep 'Kita'

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini…

Isteri : Apalah abang nie…asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang…tak adil lah macam nie…asik asik abang aje…

Suami: La…abis ayang nak cakap macam mana…

Isteri : Abang cakap la…rumah kita…kereta kita…TV kita…sofa kita… bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama…

Suami: Ahhh..iya lah…iyalah…

Isteri: Hmm…abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?…

Suami: Haa…ada awak nampak…seluar dalam KITA…???

Isteri: %#@**^&%#@

Cerita Sedih Mat Motor

Sebuah cerita sedih, cam ni cerite nye…Pada suatu hari.. seorang lelaki nama nya Atan (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok…oleh kerana transport die cume moto jer..die pon pegilah naik moto. Tapi mamat ni ade satu hobi.. die ni suke benor bawak moto lelaju walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die..maka si atan ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelom kuar dari rumah, mak die pesan, “Atan, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la” Atan pon menjawab, “ala mak ni…Atan kan superman, takkan ader paper nyer. Lagi pon, Atan cume nak gi kedai sebelah tu jer..kannyer jauh sgt pon”. Mak die pon menjawab, “suke ati ko lah tan…”

Kunci moto pon di pulas…vrommmmm(bunyi moto atan) dengan gaya supermannyer Atan bergerak dari umah. Tiba tiba sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang entah dari maner munculnyer menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan….maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. maka Atan pon jatuh terpelanting.. dan tidak sedarkan diri..

Secara kebetulan seorang pakcik (boleh jadik pangkat atuk la utk Atan) lalu di jalan tersebut..pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor monyet sedang cube mencurik helmet si atan lalu pakcik itu menghalau monyet tersebut. Tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh monyet itu.

Tanpa melengah kan masa, pakcik itu pon pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan..”uihh nampaknye idup lagi budak ni..”tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, makna nya dah terbalik……dan tanpa bertanya dan berpikir ape-apa pakcik tu pon terus membetul kan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah..

Tibe-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. korang nak tau? Atan memakai jeket kulitnye terbalik. So memang la kepala die cam pusing ke belakang. Maka dengan tidak bersalah nya Atan mati di tangan pakcik tersebut.

Moral of the story:
“Mat Motor ………………….jangan suka pakai jaket terbalik ;
“Makwe …… cari pakwe yang ader kerete jer…

Wednesday, February 17, 2010

Tips Penjagaan Laptop


Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga sudah mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...
Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda. Antaranya ialah :-
  • Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
  • Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda)..
  • Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
  • Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
  • Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
  • Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
  • Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).

Tuesday, February 16, 2010

Langsing Cepat Cara Diet Unik Selebriti Hollywood

Pernah melihat para selebriti Hollywood, mereka tampak langsing-langsing bukan? Ternyata mereka memiliki cara diet unik dan sehat. Walau ada juga yang menggunakan cara-cara berbahaya..tapi bintang tidak akan mengatakannya?

Bintang tidak menjamin akan berhasil atau tidak, tapi tidak ada salahnya anda mencoba bukan?

Diet ‘lunchbox’

Tips diet ini sebenarnya sebenarnya dengan menggunakan cara yang biasa, baik saat melakukan makan siang, malan dan sarapan. Tetapi saat menggunakan tips dan cara ini adalah dengan ukurankotak makan siang yang standar. Isi makanan (yang tentunya sehat) terdiri dari 60 persen sayuran, 30 persen protein, 10 persen lemak. Nah artis yang sukses menjadi langsing dengan cara diet ini adalah Keira Knightley dan Cameron Diaz

Diet Cuka Apple

Orang gemuk biasanya mempunyai nafsu makan yang besar. Namun anda dapat mengurangi nafsu makan tersebut yaitu dengan sebelumnya makan cuka apple. Satu botol cuka apel bisa anda dapatkan di pasaran (Amerika). Takaran yang digunakan supaya langing adalah satu sendok makan. Oh ya artis Hollywood yang langsing gara-gara ini adalah Heidi Klum dan Fergie ‘Black Eyed Peas’

Baby Food Diet

Beberapa artiks Hollywood langsing yang terang-terang menggunakan ini adalah Uma Thurman dan Denise Richards. Cara diet ini mengharuskan kita mengkonsumsi makanan sehat seperti makanan bayi yaitu dengan porsi yang sedikit.

Contoh makanan sehatnya adalah Kentang atau nasi, sayuran, ikan atau hati ayam

cookie diet

Ini adalah tips langsing favorite Jennifer Hudson, tips yang dia lakukan adalah mengkonsumsi empat sampai tujuh cookie perhati (total kalori harus 500-600). Belum sampai disitu, anda juga bisa mengkonsumsi makanan dengan total kalori 300 kalori. Hindari makanan berkarbohidrat dan pilih makanan daging dan sayur.

sumber:http://blogbintang.com

Rahsia Kecantikan Wanita dari 5 Negara


Memiliki wajah cantik dan kulit mulus adalah impian setiap wanita di dunia. Oleh yang demikian di sini saya ingin berkongsi rahsia kecantikan wanita dari 5 buah negara.

Rahsia kecantikan wajah ini adalah berasal dari nenek moyang mereka. Mungkin mitos, atau mungkin memang nyata. Tanpa membuang masa mari kita cungkil rahsia kecantikan tersebut :-

Jepun
Walaupun negara ini termasuk maju, tapi dulu kebanyakan wanita Jepun malah lebih suka menggunakan tips kotoran burung Uguisu no Fun (Bulbul) untuk membuat kulit mereka bersih. Dengan menjadikan tanggung-tanggung kotoran tersebut sebagai masker.

Sekarang mereka masih menggunakan tips kotoran itu untuk kecantikan, namun dicampur dengan sabun dulu baru disapu ke wajah dan kulit.

Yunani
Negara yang terkenal dengan berbagai mitologinya. Termasuk rahsia mitologi tentang kecantikan wanita. Mereka menggunakan jeruk untuk menyegarkan kulit. Saripati dari jeruk juga dapat membunuh bakteria penyebab jerawat.

Jika anda mahu mencubanya tips kecantikan wajah dan kulit ini : bersihkan wajah dengan air hangat lalu campur dengan essential minyak jeruk. Atau dapat juga menggunakan masker dengan ditambah jus jeruk


British
Sering minum teh? Ada tips kecantikan wajah yang berhubungan degan minuman ini. Di British hampas dari teh dipercayai dapat menghilangkan lingkaran hitam terutama di mata. Bahkan para wanita tersebut mempunyai tips iaitu menyimpan ampas itu di almari untuk menjaga kecantikan wajah mereka.

Rusia
Para wanita disana terbiasa menggunakan kopi untuk digosokkan ke kulit mereka. Efek kecantikan yang didapati adalah hilangnya bau badan serta rona kulit yang cerah dan memancar. Tips tambahan : Mereka melakukannya saat bersauna supaya pengangkatan sel kulit mati berjalan secara optimal.

Sekarang tips ini sangat populer di dunia. Jika anda wanita yang sering merawat kecantikan wajah pasti mengenal Ramuan scrub. Nah lulur dari kopi ini berasal dari negara ini.

Mesir
Ternyata Ratu Cleopatra tidak meninggalkan kisah cintanya saja, melainkan juga meninggalkan rahsia kecantikan untuk wanita. Konon katanya Cleopatra gemar menggunakan menggunakan susu dan madu untuk kecantikan wajahnya. Dia juga sering mandi dengan mandi dengan garam laut dan umpur laut mati

Ratu mesir ini percaya bahwa bahan-bahan itu dapat memberinya kulit yang bersih dan mulus. Serta Wajah yang cantik dan bersinar. Dia juga percaya bahwa tips kecantikan yang dilakukan juga merupakan rahsia awet muda.

Sunday, February 14, 2010

Menambah Fungsi Copy To dan Move To

copyto_moveto-0

Kali ni aku nak kongsi tips yang aku jumpa di blog http://Killvearn.com yang berguna untuk memudahkan anda menyalin atau memindahkan fail-fail anda dalam komputer… Tak perlu lagi anda membuka beberapa Windows Explorer semata-mata untuk menyusun fail-fail komputer anda…

Seperti yang anda lihat, gambar di atas telah merumuskan bahawa kita akan menambahkan fungsi “Copy To Folder” dan “Move To Folder” ke dalam fungsi arahan pada Windows… Dari situ ia akan memudahkan anda untuk copy atau move fail-fail yang anda kehendaki… Mari kita tengok caranya…

1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…

copyto_moveto-1

copyto_moveto-2

3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-3

4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…

copyto_moveto-4

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut:{C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-5

Selesai tutorial untuk kali ini… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…


SHORTCUT WINDOWS 7

NEW IN WINDOWS SEVEN

The → symbol stands for the right arrow key, ← for the left arrow key, etc.

Win+Maximize the current window
Win+If the current window is maximized, restore it; if the current window is restored, minimize it
Win+Dock the current window to the left half of the screen
*If it is already docked left, it is moved to the right half of the screen
*If it is already docked right, it is restored to its original size
Win+Dock the current window to the right half of the screen
*If it is already docked right, it is moved to the left half of the screen
*If it is already docked left, it is restored to its original size
Win+Shift+Move current window to the left monitor (with dual monitors)
Win+Shift+Move current window to the right monitor (with dual monitors)
Win+HomeMinimize all but the current window
Win+SpacePeek at the desktop
Win+[Plus sign]Zoom in
Win+[Minus sign]Zoom out
Win+POpen the projection menu (generally used for laptops connected to projectors)
Alt+PIn Explorer, show/hide the preview pane

Taskbar Modifiers (New in Windows 7)

Shift+ClickOpen a new instance of the program
Ctrl+ClickCycle between windows in a group
Middle ClickOpen a new instance of the program
Ctrl+Shift+ClickOpen a new instance of the program as Administrator
Shift+Right-ClickShow window menu

Managing Windows

Alt+F4Close the active window
Alt+TabSwitch to previous active window
Alt+EscCycle through all open windows
Win+TabFlip 3D [more info]
Ctrl+Win+TabPersistent Flip 3D
Win+TCycle through applications on taskbar (showing its live preview)
Win+MMinimize all open windows
Win+Shift+MUndo all window minimization
Win+DToggle showing the desktop
Win+Maximize the current window
Win+If the current window is maximized, restore it; if the current window is restored, minimize it
Win+Dock the current window to the left half of the screen
*If it is already docked left, it is moved to the right half of the screen
*If it is already docked right, it is restored to its original size
Win+Dock the current window to the right half of the screen
*If it is already docked right, it is moved to the left half of the screen
*If it is already docked left, it is restored to its original size
Win+Shift+Move current window to the left monitor (with dual monitors)
Win+Shift+Move current window to the right monitor (with dual monitors)
Win+HomeMinimize all but the current window
Win+SpacePeek at the desktop
Win+[Plus sign]Zoom in
Win+[Minus sign]Zoom out

Starting Programs

Win+1Open the first program on your Quick Launch bar
Win+2Open the second program on your Quick Launch bar
Win+nOpen the nth program on your Quick Launch bar
Win+UOpen the ease of access center
Win+FOpen the search window
Win+XOpen the Mobility Center
Win+EOpen Explorer
Win+ROpen the Run window [more info]
Win+BMove focus to notification tray (the right-most portion of the taskbar)
Win+POpen the projection menu (generally used for laptops connected to projectors)
Win+PauseOpen the System Properties portion from the Control Panel
Ctrl+Shift+EscOpen Windows Task Manager

Logging In And Out

While the below shortcuts seem unwieldy because of their length, they're quite easy to remember once you try them out a few times.

Win, , EnterShutdown
Win, →, →, RRestart
Win, →, →, SSleep
Win, →, →, WSwitch Users
Win+LLocks computer

Viewing Folders With Explorer

Alt+Go back
Alt+Go forward
Alt+Go up a directory
Alt+DMove focus to address bar
Alt+D, TabMove focus to search bar
Alt+EnterOpen the Properties window of the current selection
Ctrl+MousewheelChange the view type (extra large, small, list view, detail, etc.)
Alt+PShow/hide the preview pane

Delete Akaun Facebook

Ternyata mendelete account facebook itu tidaklah mudah.Berikut adalah langkah yang benar bagaimana mendelete akaun facebook kita (tidak hanya deactivate). Saya nasihatkan kepada anda untuk benar-benar fokus pada langkah ini, karena memerlukan waktu yang lama untuk benar-benar menghapusnya. Saya memerlukan waktu 5 jam untuk benar-benar membuat halaman akaun cubaan saya kosong. Jadi, enjoy!
- Hapus semua kawan anda dengan cara mengklik tanda “x” lalu memilih “remove friend”.
- Hapus semua foto di halaman album anda. Caranya, masuk ke halaman foto, lalu pilih album dan pilih “delete this album”.
- Hapus semua komen yang anda kirim, dengan cara masuk ke halaman profile lalu pilih tanda “x” dan pilih “delete” di setiap kotak wall dan komen anda.
- Cabut keanggotaan anda dari groups, fan, dan supporter di halaman INFO. Caranya dengan mengunjungi group anda lalu pilih “remove”.
- Hapus semua info tentang anda. Pilih “info” edit.
- Remove semua tag yang ada di halaman foto anda
- Kirim email ke
http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account dan pilih hapus akaun secara permanen. Masukkan password anda lalu masukkan kata sandi yang terlihat.


- Setelah dicomfirm, facebook akan memberitahukan bahawa jika Anda tidak login selama 14 hari, maka akaun anda akan terhapus dan tidak boleh direcovery.
- Setelah itu facebook akan log out automatik.
- Silahkan periksa 14 hari kemudian dengan login menggunakan akaun anda. Kalau tidak dapat bererti facebook anda berhasil di delete.
Sumber :
http://itguidelines.blogspot.com/2009/01/how-to-delete-facebook-account.html
Kesimpulan setelah saya melakukan langkah-langkah di atas adalah, semakin lama anda menjadi member di facebook maka akan semakin panjang waktu yang anda perlukan untuk menghapus akaun anda. Atau singkatnya, semakin lama semakin susah untuk keluar dari facebook. Jadi, sebelum anda terjajah olehnya lebih baik anda berhati-hati. :D

Saturday, February 13, 2010

TAHUN BARU CINA


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao(Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

Thursday, February 11, 2010

Demam Campak

Aku dan isteriku tidak tahu mengapa anakku yang ketiga meragam sepanjang 2 hari yang lalu. Badan panas sehinggakan kami mulai risau. Aku telah mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Tapi malangnya semua klinik yang terdapat di daerahku tutup maklumlah hujung minggu.

Namun, aku tidak putus harapan ku pusing satu bandar Kuala Rompin dan akhirnya jumpa sebuah klinik yang hampir hendak menamatkan operasinya. Kami terus bergegas masuk selepas 'parking' kereta untuk mendapatkan rawatan. Alangkah terkejut aku bila suhu badannya mencecah 39 darjah celcius sehinggakan doktor terpaksa memasukkan ubat melalui duburnya. Doktor juga memberikan antibiotik untuk diberikan kepada anakku.

Pada sebelah petang keesokkannya, aku dan isteriku mendapati terdapat tanda-tanda bintik-bintik pada badan anakku dan dia juga kerap menggaru-garu mungkin kerana gatal. Aku dan isteriku mengesyaki anakku telah terkena demam campak. Sekali lagi, kami bergegas membawa anakku ke klinik dan memang tekaan kami tepat. Doktor telah memberikan ubat sapu untuk anakku. Tapi maklum ajelah anak kecil amat sukar untuk disapu ubat yang diberikan kerana takut dia akan termasuk ke dalam mulutnya bila dia menggaru-garu badannya.

Untuk itu, aku dan isteriku telah membawa anakku ini ke sebuah rumah yang penghuninya mempunyai ilmu untuk merawat penyakit campak ini secara tradisional. Beliau telah memberikan air penawar dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke tubuh anakku. Alhamdulilah selepas mencomorkan bedak sejuk yang dicampurkan dengan air penawar tadi tubuh badan anakku semakin pulih dan demamnya semakin beransur sembuh. DIA KEMBALI AKTIF SEPERTI BIASA.

Sunday, February 7, 2010

Tips Mudah Mencari Gambar Dengan Google

Selain sebagai mesin pencari artikel atau data di website, google juga menyediakan kemudahan pencarian gambar. Meskipun boleh saja kita terus menaip kata kunci untuk gambar yang kita hendak cari. Tetapi jika kita ingin mencari wallpaper yang sesuai dengan ukuran skrin komputer kita (desktop), ada cara yang lebih baik.

Berikut caranya :

  1. Buka Google Images
  2. Klik link Advanced Image Search yang ada di sebelah kanan tombol Search Images.
  3. Akan tampil Advanced Image Search
  4. Pada isian pertama, isikan kata kunci dari gambar yang di inginkan. Misalnya “sky”
  5. Pada bahagian content types, plih photo content
  6. Klik Use my desktop size (maksudnya kita cari gambar yang sesuai dengan ukuran desktop komputer kita)
    google-images-search
  7. Klik Google Search, untuk mulai mencari gambar yang sesuai.

google-images-search-2

Di Opsi yang tampil, kita juga boleh mencari gambar dengan banyak pilihan (setting), seperti ukuran, tipe file, warna dan sebagainya. Jika ingin lebih cepat, boleh juga terus klik pencarian di google Images misalnya : sky imagesize:1152x864 ( untuk mencari gambar/wallpaper dengan kata kunci “sky” dan ukurannya 1152×864 pixel).

Thursday, February 4, 2010

Rasa Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...