Blogroll

Sunday, February 14, 2010

Menambah Fungsi Copy To dan Move To

copyto_moveto-0

Kali ni aku nak kongsi tips yang aku jumpa di blog http://Killvearn.com yang berguna untuk memudahkan anda menyalin atau memindahkan fail-fail anda dalam komputer… Tak perlu lagi anda membuka beberapa Windows Explorer semata-mata untuk menyusun fail-fail komputer anda…

Seperti yang anda lihat, gambar di atas telah merumuskan bahawa kita akan menambahkan fungsi “Copy To Folder” dan “Move To Folder” ke dalam fungsi arahan pada Windows… Dari situ ia akan memudahkan anda untuk copy atau move fail-fail yang anda kehendaki… Mari kita tengok caranya…

1. Buka ‘Run’ dengan menekan butang Windows+R dan kemudiannya taip regedit… Pada Registry Editor, cari direktori HKEY_CLASSES_ROOT \ AllFilesystemObjects \ shellex \ ContextMenuHandlers seperti rajah di bawah…

2. Pada direktori ContextMenuHandlers, klik kanan dan cipta Key baru dan namakannya sebagai ‘Copy To‘…

copyto_moveto-1

copyto_moveto-2

3. Setelah menamakan Key tersebut, pergi ke tab sebelah kanan seperti rajah di atas dan dwi-klik string yang bernama default. Paparan seperti rajah di bawah akan muncul, dan kini anda letakkan Value data berikut: {C2FBB630-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-3

4. Klik OK dan anda akan lihat paparan seperti di bawah terhasil…

copyto_moveto-4

5. Ulangi langkah 2 hingga 4 bagi Key ‘Move To‘ pula dan masukkan Value data berikut:{C2FBB631-2971-11D1-A18C-00C04FD75D13}

copyto_moveto-5

Selesai tutorial untuk kali ini… Anda bolehlah klik kanan pada mana² fail yang ingin disalin atau dipindahkan, dan anda akan lihat ada 2 fungsi baru kelihatan pada senarai yg ada… Sekian…


0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...