Laptop pada masa kini sangat popular kerana dengan adanya laptop,tugas kita menjadi lebih cepat dan mudah..berbeza suatu ketika dahulu,ketika pertama sekali laptop dikeluarkan,harga sebuah laptop adalah sangat-sangat mahal..namun kini kita sendiri boleh lihat ada segelintir keluarga sudah mampu menghadiahkan atau membelikan anak-anak mereka sebuah laptop.Dari segi ketahanan pula,Komputer peribadi(PC) dan laptop adalah berbeza...Laptop dikatakan lebih sensitif dan perlu dijaga dengan berhati-hati...
Baiklah dibawah adalah beberapa tips yang anda perlu ketahui untuk menjaga laptop anda. Antaranya ialah :-
- Jangan letakkan laptop anda di atas katil,karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop anda tertutup.Ini akan menyebabkan laptop anda akan menjadi Overheating.
- Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda)..
- Jangan letak laptop anda di kawasan yang basah.(juga minuman anda,Kebanyakan orang suka meletak minuman mereka di sebelah laptop mereka ketika menggunakan laptop mereka)
- Jangan biarkan laptop anda berjemur di bawah matahari yang terik ataupun di dalam kereta ketika parking di bawah matahari.
- Pastikan laptop anda diletakkan di kawasan yang rata.Laptop yang terjatuh atau terhempap akan menyebabkan perkakasan dalam laptop tersebut terjejas.
- Seboleh-bolehnya jauhkan laptop anda dari magnet...
- Pastikan laptop anda diberi rehat,jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari(ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa).
0 ulasan:
Post a Comment