Blogroll

Thursday, February 11, 2010

Demam Campak

Aku dan isteriku tidak tahu mengapa anakku yang ketiga meragam sepanjang 2 hari yang lalu. Badan panas sehinggakan kami mulai risau. Aku telah mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik. Tapi malangnya semua klinik yang terdapat di daerahku tutup maklumlah hujung minggu.

Namun, aku tidak putus harapan ku pusing satu bandar Kuala Rompin dan akhirnya jumpa sebuah klinik yang hampir hendak menamatkan operasinya. Kami terus bergegas masuk selepas 'parking' kereta untuk mendapatkan rawatan. Alangkah terkejut aku bila suhu badannya mencecah 39 darjah celcius sehinggakan doktor terpaksa memasukkan ubat melalui duburnya. Doktor juga memberikan antibiotik untuk diberikan kepada anakku.

Pada sebelah petang keesokkannya, aku dan isteriku mendapati terdapat tanda-tanda bintik-bintik pada badan anakku dan dia juga kerap menggaru-garu mungkin kerana gatal. Aku dan isteriku mengesyaki anakku telah terkena demam campak. Sekali lagi, kami bergegas membawa anakku ke klinik dan memang tekaan kami tepat. Doktor telah memberikan ubat sapu untuk anakku. Tapi maklum ajelah anak kecil amat sukar untuk disapu ubat yang diberikan kerana takut dia akan termasuk ke dalam mulutnya bila dia menggaru-garu badannya.

Untuk itu, aku dan isteriku telah membawa anakku ini ke sebuah rumah yang penghuninya mempunyai ilmu untuk merawat penyakit campak ini secara tradisional. Beliau telah memberikan air penawar dan bedak sejuk untuk dilumurkan ke tubuh anakku. Alhamdulilah selepas mencomorkan bedak sejuk yang dicampurkan dengan air penawar tadi tubuh badan anakku semakin pulih dan demamnya semakin beransur sembuh. DIA KEMBALI AKTIF SEPERTI BIASA.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...