Blogroll

Saturday, March 20, 2010

Cuti Pertengahan Penggal Pertama 2010


Alhamdulilah cuti pertengahan penggal kali ini aku sekeluarga telah pulang ke kampung halaman isteriku di Kelantan Darul Naim. Sememangnya cuti pada kali ini amat bermakna sekali kerana kami sudah lama tidak pulang ke Kelantan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami telah bertolak pulang dari Kuala Rompin pada 15 Mac 2010 jam 6:00 pagi. Tujuan kami bertolak pulang seawal jam 6:00 pagi kerana aku tidak mahu anak-anakku kepanasan di dalam kereta memandang Malaysia dilanda kemarau. Alhamdulilah kami selamat sampai ke Kelantan lebih kurang 1:15 petang. Kami cuba membuat kejutan kepada bapa isteriku yang berniaga colek buah di Pantai Irama Bachok, namum kejutan kami tidak menjadi kerana beliau telah berada di Kuala Lumpur menghadiri kenduri kahwin anak saudaranya. Lantaran itu kami terus pulang ke Tanah Merah di Bukit Panau.

16 Mac 2010
Aku sekeluarga dengan mak saudara isteriku telah ke Rantau Panjang membeli hadiah untuk guru-guru di sekolah isteriku. Alhamduliah walaupun musim cuti sekolah namun kehadiran pelancong tidaklah begitu ramai. Ini memudahkan urusan kami untuk membeli apa yang dikehandaki. Anak-anakku sempat meminta baju yang menarik hati mereka. Anak bongsuku telah kami belikan topi baru yang dipakainya apabila keluar berjalan-jalan.
Sebaik sahaja selesai membeli di Rantau Panjang, kami ke Pasar MPKB di Kota Bharu untuk mencari beberapa jenis barang lagi. Di sini anak sulungku telah meminta untuk membeli kamus Bahasa Arab, kopiah dan CD panduan mengerjakan solat. Apa lagi aku dan isteriku memenuhi hasratnya.
Kami pulang ke Tanah Merah pada sebelah petang. Selepas solat Maghrib aku sekeluarga telah ke UiTM Machang untuk mengambil adik iparku memandangkan anak-anakku ingin berjumpa sangat dengan mak saudara mereka ini. Bukan main gembira anak-anakku dapat berjumpa dengan mak saudara mereka ini terutama anak keduaku Nur Ayuni Batrisyia.


17 Mac 2010

Hari ini kami telah ke Pengkalan Kubur untuk mencari barangan yang tidak dapat dijumpai di Rantau Panjang. Kali ini kami bertolak agak lewat kerana menantikan mak saudara isteriku pulang dari perjumpaan Amanah. Di Pengkalan Kubur, isteriku , mak saudaranya dan adik iparku sibuk mencari barang yang diperlukan, aku sibuk melayan anak-anakku. Tiba-tiba aku mendapat panggilan telefon dari sekolah yang memaklumkan aku perlu membantu Guru Besar dalam urusan perjawatan 2011. Aku memaklumkan bahawa aku akan balik pada hari Jumaat, sungguhpun begitu aku telah memberikan cadangan untuk menyelesaikan permasalahan mereka.
Selepas selesai urusan di Pengkalan Kubur, kami telah ke Pantai Irama, Bachok untuk berjumpa dengan bapa mentuaku. Di Pantai Irama ini, kami telah menyantap bekalan yang dibawa dari rumah. Punyalah berselera makan dengan hembusan angin pantai.

Selesai sahaja solat Maghrib, kami bertolak pulang ke Tanah Merah kerana ingin menghantar adik iparku pulang ke UiTM Machang dan anak mak saudara isteriku menaiki bas ekspress untuk ke Kemaman. Alhamdulilah tepat 9:00 malam kami tiba di Tanah Merah. Perjalanan ke Tanah Merah pada kali ini diiringi hujan lebat. Lebih kurang 9:30 malam aku dan isteriku bertolak untuk menghantar adik iparku dan sepupunya.


18 Mac 2010

Seawal jam 8:00 pagi, aku, isteriku dan anak bongsuku bergegas ke Rantau Panjang untuk membeli barang yang tidak dijumpai di Pengkalan Kubur kelmarin. Urusan ini terpaksa dilakukan dengan kadar segera memandangkan kami akan pulang ke Kuala Rompin pada hari ini. Dalam perjalanan pulang dari Rantau Panjang aku singgah di rumah Ustaz Salleh untuk bertanya khabar. Tapi hajatku tidak kesampaian kerana beliau tidak ada di rumah.
Tepat jam 12:05 tengah hari, aku mula bertolak dari Tanah Merah dan sampai ke Kuala Rompin jam 1:00 pagi. Kelewatan kami sampai ke Kuala Rompin kerana kami singgah di Kemaman untuk melawat nenek dan mak-mak saudara sebelah isteriku di situ. serta menyampaikan amanat dari Tanah Merah. Bila sudah singgah faham-faham ajelah apa yang berlaku.



0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...