Blogroll

Wednesday, March 24, 2010

Kembalinya Nenek Tercinta Ke Rahmatullah

Hari ini (23 Mac 2010), aku mendapatkan berita yang memang tidak aku jangkakan iaitu nenek sebelah emakku meninggal dunia pada pukul 6:45 pagi. Tergamam aku setelah mendapat berita daripada ayahku. Nenekku yang sememangya terkenal dengan kasih sayang itu pergi buat selamanya. Aku hanya mampu memanjatkan doa semoga roh nenekku itu ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman.
Dikesempatan ini aku ingin memaklumkan kepada para pembaca blog ini yang mengenali arwah nenekku agar memaafkan segala kesalahan yang pernah beliau lakukan sepanjang hayatnya samaada sengaja mahupun tidak sengaja dari segi perbuatan dan tuturkatanya.
Untuk makluman para pembaca nenekku bernama MAIMUNAH BINTI ISMAIL, isteri arwah ABDUL RAOF. Menetap di Kampung Pianggu, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...