Kebanyakan dari kita dan khasnya golongan pelajar - pelajar universiti berfikiran bahawa untuk memanjangkan hayat bateri lithium ion hanya ada dua cara iaitu. Pertama, semasa di tempat yang ada power supply, remove bateri dari laptop gunakan AC-DC adapter sahaja, cara yang ni memang bagus tapi keburukannya adalah..... kalau bekalan elektrik terputus.laptop akan terpadam terus dan kemungkinan data hilang adalah sangat tinggi. dan hard disc sangat mudah rosak kalau berlaku macam ni. Cara kedua adalah dengan caj bateri laptop sampai penuh dan cabut adapter apabila bateri sudah penuh. Kemudian guna laptop dengan power bateri, guna sampai bateri habis kemudian caj balik, lepas tu guna sampai habis balik dan begitulah selanjutnya. Sebenarnya cara macam ni la yang pendekkan hayat bateri. Sebab bateri Li-Ion ni bukan macam bateri Ni-MH yang perlukan kita caj penuh dan pakai habis untuk caj balik untuk dapat max performance. Bateri Ni-MH kena buat macam tu untuk elakkan kejadian memory effect iaitu prestasi bateri berkurang secara mendadak disebabkan caj yang tak habis digunakan yang masih berada dalam bateri tu.
Salah seorang kenalan saya telah mengalami kejadian ni. Disebabkan pemahaman yang salah tentang penggunaan bateri laptop. Dia caj sampai penuh, lepas tu disconnect power supply dan guna laptop on bateri sampai habis kemudian caj balik sampai penuh. Dan lepas hampir 2 tahun buat macam tu bateri laptop dia tahan tak sampai 10 minit lepas fully charged. Nak salahkan siapa? Harga bateri sudahlah mahal beratus - ratus jugak harganya.
Saya tak percaya dengan semua yang orang cadangkan tentang cara penggunaan bateri yang songsang itu sebab saya tidak akan ikut bulat-bulat apa yang orang beritahu, saya mesti cari penjelasan sama ada secara saintifik atau logik untuk setiap cadangan yang diberi. Jadi saya guna seperti biasa iaitu kalau kat rumah sambung laptop ke power supply dengan bateri di laptop, dan bila keluar baru pakai bateri sahaja. Tak ada masalah guna laptop masa tengah connect ke power supply dengan bateri masih di laptop sebab bateri tu memang direka untuk digunakan sedemikian rupa. Dan alhamdulillah bateri laptop saya masih lagi dalam 9.5/10 condition. Dah 3 tahun lebih dah saya beli laptop ni. Jadi terpulang la kepada anda semua untuk percaya atau tidak.

0 ulasan:
Post a Comment