Blogroll

Friday, March 28, 2014

INSTALL DOOGLE YES 4G DI WINDOW 8



Mungkin ini sekadar pengetahuan bagi individu yang belum tahu cara untuk install doogle yes 4G di windows 8 kerana walaupun driver untuk doogle boleh dimuat turun  di laman sesawang YES iaitu https://yes.my namun ianya sia2 kerana setelah dipasang driver itu doogle gagal berfungsi kerana laptop tidak dapat mengenal pasti kehadiran doogle... setelah puas memikirkan cara yang sesuai maka saya telah berjaya menemui kaedah yang betul bagi memastikan doogle yang dibeli atau dibekalkan di sekolah2 di Malaysia untuk para guru dapat digunakan.....

justeru itu disini dikongsi cara yang betul untuk install doogle yes di windows 8. Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah


  • Plug ini doogle di laptop. Lampu merah akan menyala;
  • bukan enjin carian yang diminati spt firefox, google chrome, internet explore dsb;
  • taip di address bar alamat berikut http//yeslife.my/ycwinbeta;
  • daftar akaun pada ruang yang disediakan..pastikan guna akaun dan email yes yang diperolehi;

  • selesai daftar klik butang start download. Tunggu hingga selesai;

  • extract fail yang selesai download;
  • install seperti biasa

 Selesai install cubalah guna doogle Yes 4G itu untuk memastikan ianya berjaya...

Sekian


Wednesday, March 26, 2014

KLINIK 1 MALAYSIA LAGI




Hari ini aku ke Klinik 1 Malaysia untuk dapatkan rawatan bagi penyakit gegata atau gatal. Mujurlah ade klinik ini yg x ramai pengunjung jd mudahlah aku mendapatkan rawatan. Sepanjang bulan Mac ini sahaja sudah 5 kali ke klinik 1 Malaysia ini utk dapatkan rawatan.

Sementara menunggu nama dipanggil aku menimbang beratku yg lama tak ditimbang. Alangkah terkejut bila dapati beratku 58kg yang mana naik 3kg. Alhamdulilah..

Isteri dan Anak2ku turut menimbang berat badan masing2 dan keputusannya seperti berikut:-
Isteriku : 66kg
Along : 25kg
Angah : 35kg
Adik : 14kg

Kurang 10 minit menunggu dan kurang 4 minit menerima rawatan aku diberi ubat sapu dan ubat biji. Walaupun pegawai perubatan menyarankan aku disuntik namun aku menolaknya bukan kerana takut tp tak pasti sama ade gegata atau  campak... aku harap keputusan tidak disuntik adalah keputusan yang bijak.

AL-FATIHAH



RENUNGKANLAH

TAZKIRAH HARI INI (Rabu, 24 Jdl. Awal 1435H)
Al Mafqud / Orang Yang Hilang

Dalam Kitab al-Haawi al-Kabir ( الحاوى الكبير ) dalam fiqh Mazhab Imam Asy-Syafi’e diterangkan bahawa orang yang hilang dalam waktu yang lama dan tidak diketahui apakah masih hidup atau sudah mati maka orang itu harus dihukumi hidup sehingga diketahui dengan pasti apakah mafqud tersebut sudah mati atau masih hidup, maka tidak boleh menghukumi kecuali dengan yakin. Dan sekiranya belum diketahui dengan yakin tentang kematiannya, maka wajib menunda dulu kepemilikan hartanya sampai batas waktu yang telah ditentukan.

PENCERAHAN :
Secara mudah, yang dimaksudkan dengan al-Mafqud ialah orang yang hilang, tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati. Hukum status perkahwinan al-Mafqud di dalam Mazhab Shafie, terdapat dua pendapat dalam isu ini:

1. Tidak diputuskan hubungan suami isteri bagi kes orang hilang, sehinggalah dibuktikan secara sah akan status hidup atau mati orang yang hilang tersebut. Diriwayatkan oleh Imam Al-Shafie berkata, sesungguhnya sesiapa yang hilang pasangannya, atau tidak hilang tetapi tidak pulang pada satu hari satu malam, atau pecah bahteranya di lautan, dalam keadaan tiada berita dan bukti mengenai status hidup atau matinya, maka si isteri tidak boleh berkahwin lain, sehinggalah diyakini akan kematiannya.

Ini berdasarkan hadith yang diriwatkan oleh Saidina Ali, Nabi Muhammad SAW bersabda (امرأة المفقود ابتليت فلتصبر ولا تنكح حتى يأتيها موته ) bermaksud "Perempuan yang kehilangan suami, diuji, maka hendaklah dia bersabar dan janganlah bernikah lain sehinggalah nyata berita kematiannya" (HR: Al-Mahalli). Pendapat ini turut dikongsi oleh Mazhab Hanafi.

2. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bagi wanita yang kehilangan suami, hendaklah dia menahan dirinya daripada bernikah selama 4 tahun daripada tarikh kehilangan suaminya. Selepas 4 tahun, barulah dia mengambil iddah kematian suami, dan selepas itu baru boleh bernik

bernikah lain. Ini ialah pendapat lama Imam al-Shafie (Qaul qadim).

Ini berasaskan kepada hadith yang diriwayatkan mengenai Umar bin Al-Khattab r.a, di mana beliau membenarkan seorang isteri di zamannya untuk mengambil tempoh 4 tahun sebelum berkahwin lain. Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas juga dilaporkan mengambil sikap yang sama. (Raudah al-Talibin).

Berkaitan pewarisan harta al-Mafqud pula, dalam kitab Mughni Muhtaj disebutkan: Orang yang hilang atau orang yang tiada khabar beritanya dan meninggalkan harta maka hartanya ditunda (tidak dibahagi) sehingga sahih tentang kematiannya atau dalam waktu yang lama sehingga disahkankan kematiannya oleh hakim (pemerintah) kemudian barulah hartanya boleh diberikan kepada ahli warisnya

Muhammad Ali Ash-Shabuni pula menerangkan dalam kitab Al-Mawarits bahawa pendapat ulama Syafi’iyah: “Seseorang yang hilang dianggap sudah meninggal dunia apabila teman-teman sebayanya sudah meninggal dunia. Diukur dengan jangka waktu harus mengambil masa kira-kira 90 tahun. Menurut qaul sahih bahawa waktu itu tidak boleh dibahagi-bahagikan dulu akan hartanya kecuali telah diputuskan akan kematiannya oleh hakim.

Pendapat ini dikongsi oleh Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm. Beliau menerangkan bahawa tidak ada warisan oleh pewaris (orang yang mewarisi) sebelum orang yang empunya harta telah jelas meninggal dunia.

KESIMPULAN :
Ingin ditegaskan di sini bahawa mengambil tempoh yang lama untuk menentukan status hidup atau mati seseorang adalah mengikut pendapat ulamah fiqh dan qaedah Islam. Maka pihak berwajib janganlah bersifat terburu-buru untuk mengisytiharkan kematian penumpang pesawat MH370 tersebut dalam keadaan jenazahnya pun belum dijumpai lagi atau sekurang-kurangnya tunggu sehingga 4 tahun.
Wallahu a'lam - semoga kita perolehi ilmu yg sedang berlaku hari ini.
( Mudir Ar Rasyid AlBaghdadi )

Tuesday, March 25, 2014

MENGAPA DAN BAGAIMANA MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI?

Berita Terkini MH370: Misteri kehilangan pesawat MH370 – Foto Huffpost / Bloomberg / Gettys Image laporan Malaysian Insider 

Kesan Doppler membantu penyiasat menentukan penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi tetapi mereka masih hairan mengenai sebab-sebab pesawat Malaysia Airlines bertentangan daripada destinasi yang ditujui – Beijing.

Mengapa Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang berakhir di Lautan Hindi? Bagaimana pesawat penumpang bersaiz lebar berpaling daripada rutin penerbangan menjadi “misteri penerbangan yang belum pernah berlaku sebelum ini”? Dan, siapa yang melakukannya?
Ini merupakan persoalan utama dalam minda penyiasat dan keluarga 239 orang penumpang dan anak kapal MH370 yang terbang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada awal pagi 8 Mac tetapi hilang selepas sejam di udara.

 Selepas 16 hari misi mencari antarabangsa yang bermula di Laut China Selatan, data satelit komunikasi penyiasat British dan serpihan ditemui satelit Amerika Syarikat, China dan Perancis akhirnya kedudukan terakhir MH370 dikenal pasti iaitu di bahagian selatan Lautan Hindi.
Mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di kawasan pedalaman perairan itu hanya akan diketahui selepas penyiasat menemui kotak hitam pesawat Malaysia yang didaftarkan sebagai 9M-MRO itu.
Sehingga ia ditemui, usaha untuk mengesan laluan pesawat MH370 itu sebelum hilang daripada radar di Kota Baru ke Lautan Hindi menjadi sesuatu yang menakjubkan dengan sendirinya.

 Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan satelit British Inmarsat menggunakan satu fenomena gelombang ditemui pada abad ke-19 untuk menganalisis tujuh ping yang berjaya dikesan satelitnya daripada pesawat Malaysia Airlines untuk menentukan destinasi akhir.
Penemuan terakhir itu mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat kesimpulan pada Isnin malam bahawa pesawat berusia 11 tahun itu terhempas beribu batu daripada Malaysia di selatan Lautan Hindi dan menyebabkan semua 239 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Isyarat Ping, secara automatiknya dihantar setiap jam daripada pesawat selepas seluruh sistem komunikasi berhenti, menunjukkan ia terus terbang selama beberapa jam selepas ia hilang dari laluan penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing.
Dari masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut dongakan, Inmarsat dapat menyediakan dua lengkok, satu di utara dan satu di selatan mengenai kemungkinan arah pesawat itu terbang.
Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat ping menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler, yang menerangkan bagaimana gelombang perubahan kekerapan relatif kepada pergerakan pemerhati dalam kes satelit ini, kata jurucakap.
Cawangan Siasatan Kemalangan Udara Britain turut terlibat dalam analisis ini.
Kesan Doppler adalah mengapa bunyi siren kereta polis berubah selepas mendekati atau memotong pemerhati.
“Kami kemudian mengambil data yang kami dapati dari pesawat dan diplotkan terhadap kedua-dua trek, dan ia berat ke trek selatan,” kata Jonathan Sinnatt, ketua komunikasi korporat Inmarsat kepada Reuters.
Katanya, syarikat itu kemudian membandingkan teori laluan penerbangan dengan data diterima daripada Boeing 777 yang diketahui terbang laluan sama, dan ia dipadankan dengan tepat.
Beliau berkata, penemuan itu disemak dengan syarikat satelit lain sebelum diserahkan kepada penyiasat pada Isnin.
Jumlah data – hanya isyarat ping diterima oleh satelit tunggal setiap jam atau lebih – bermakna teknik seperti triangulasi menggunakan beberapa satelit atau GPS (Sistem Penentu Kedudukan Global) tidak boleh digunakan untuk menentukan laluan penerbangan pesawat.

MENGESAN

Ketua Pegawai Eksekutif All Source Analysis, Stephen Wood, berkata seolah-olah para penyiasat mengecilkan kawasan pencarian. “Tetapi ia masih kawasan besar yang mereka perlu lakukan pencarian,” katanya.
Katanya, insiden ini mungkin merangsang kajian semula peraturan penerbangan, terutamanya berkaitan dengan peralatan komunikasi dan keupayaan untuk mematikan transponder pesawat.
Tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan apa-apa kerana belum diketahui apa yang menyebabkan kapal terbang untuk beralih daripada laluan asal.
“Insiden seperti ini akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menerbangkan pesawat komersial dengan penumpang akan menuntut kaedah baru untuk mengesan kargo berharga mereka,” kata Wood, seorang bekas pegawai perisikan Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai unit analisis DigitalGlobe Inc , sebuah firma imej satelit, sehingga Julai 2013.

"MUTU PENDIDIKAN MALAYSIA MEMBIMBANGKAN" PAKAR BANK DUNIA




Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander menegaskan mutu pendidikan Malaysia yang jatuh merudum lebih membimbangkan berbanding kedudukan kewangan negara.

Pencapaian buruk Malaysia dalam keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) lalu bukan suatu petanda baik, kata Frederico. “Malaysia patutnya bimbang dengan tahap prestasi murid-murid dalam sekolah berbanding prestasi murid-murid di Vietnam kerana mereka lebih miskin daripada Malaysia tapi tahap pendidikan lebih baik berbanding Malays,” kata Frederico dalam forum yang dianjurkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) hari ini di Damansara. Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-52 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Pisa. Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.“Murid-murid di kawasan pendalaman Vietnam, prestasi mereka lebih tinggi daripada murid-murid Malaysia.“Ini akan memberi kesan terhadap pembangunan aset sumber manusia Malaysia,” kata pakar ekonomi kanan Bank Dunia itu.

Frederico berkata pihak sekolah perlu diberikan lebih autonomi dan kuasa yang lebih untuk menangani masalah pembelajaran setempat. Pisa merupakan sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.
Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia. Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421. Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501).

CARA MENGHAPUS ITEM DARI MENU KLIK KANAN MOUSE

Kadang kala kita  bosan dengan banyaknya menu saat kita klik kanan pada mouse. Apalagi jika kita menginstall banyak aplikasi, tentu saja akan semakin banyak menu yang terdapat apabila melakukan klik kanan pada mouse. Sedar atau tidak semakin banyak menu atau item di klik kanan akan membuat komputer anda menjadi agak berat ketika sedang digunakan.

Menghapus Item Tertentu dari Menu Klik KananLihat pada gambar di sebelah,dapat kita perhatikan ada beberapa menu yang muncul setelah saya melakukan klik kanan. Beberapa software yang kita install ke komputer biasanya secara otomatis membuat menu seperti pada gambar. Disamping bisa kita perhatikan software seperti winrar, power iso, dan juga eset membentuk menu secara otomatis.

Menu tersebut sebenarnya bertujuan untuk memudahkan kita saat ingin menjalankan suatu aplikasi. Tapi jika jumlahnya terlalu banyak, tentu saja akan sangat mengganggu  pemandangan. Dan jika menu seperti ini terlalu banyak juga akan mambuat komputer kita menjadi agak lambat. Lalu bagaimana caranya jika  ingin menghapus menu klik kanan tersebut?

List menu tersebut terbentuk saat kita menginstall suatu software, dimana software tersebut memasukkan beberapa registry baru dan terbentuklah menu saat kita melakukan klik kanan. Salah satu cara menghapusnya adalah dengan mengedit registry komputer kita.

Trik Menghapus Menu Klik Kanan

Registry adalah komponen penting yang terdapat di dalam windows, kesalahan kecil pada registry dapat mengakibatkan kerosakan serius pada windows. Maka dari itu kita harus berhati-hati saat hendak mengedit registry dan jangan lupa melakukan backup terlebih dahulu.
  • Klik start > run
  • Ketikkan regedit lalu klik ok
  • Akan muncul jendela registry editor
  • Lalu cari HKEY_CLASSES_ROOT\*\shellexe\ContextMenuHandlers
Menghapus Menu Klik Kanan MousePilih menu apa saja yang ingin ada hapus. Caranya cukup dengan klik kanan lalu pilih delete. Lalu cuba perhatikan menu klik kanan anda, secara automatik menu yang anda hapus tadi tidak muncul lagi. 

Perlu saya ingatkan, karena kita sedang bermain-main dengan registry, ada baiknya kita selalu berhati-hati agar tidak terjadi hal-hal yang tidak diinginkan.

Monday, March 24, 2014

ROMPIN FEST 2014





Rompin Fest kembali lagi. Ianya diadakan pada 23 hingga 30 Mac 2014. Pelbagai acara turut direncanakan oleh Majlis Daerah Rompin. Seperti biasa aku membawa keluargaku ke Rompin Fest ini untuk mengisi cuti persekolahan. Semua atas permintaan anak ketigaku yang baru pulih dari demamnye...
Namun yang menyedihkan terdapat mini kasino di pesta pantai ini yang mana ku lihat ramai orang MELAYU riang ria mempertaruhkan wang untuk mendapatkan hadiah yang tidak seberapa nilainya jika dibandingkan dengan dosa yang mereka lakukan tanpa mereka sedar..

Pesawat MAS MH370 Disahkan Terhempas Di Lautan Hindi



Pesawat MAS MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak ketika sidang media jam 10.00 malam di PWTC 24 Mac 2014. Berikut adalah intipati rasmi mengenai sidang media yang diumumkan oleh Najib sendiri.
Intipati Ucapan Rasmi MH370 Perdana Menteri Malaysia
  •  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) pada jam 10.00 malam ( 24 Mac 2014).
  • Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
  • Kawasan  Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan adalah  kawasan terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.
  • Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita PM Najib Razak mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

MAS MH 370 Case Closed: HIJACKED by AWACS

Menurut artikel ini USA  berpotensi besar sebagai pihak bertanggungjawab merampas MH370 untuk mendapatkan kepakaran manusia-manusia yang menjadi penumpang pesawat tersebut. Sasaran mereka adalah pakar-pakar yang berasal dari China yang kini merupakan saingan USA yang paling hampir selain Rusia.

AWACS HIJACK PROVEN
UPDATED MARCH 13 2014
Malaysian military BACKED DOWN, BUT GET THIS, IT’S A HOOT! – The engines remained connected to satellites as part of a Boeing maintenance routine, and Boeing has confirmed the aircraft remained flying for five full hours after it “vanished” from radar. Obviously the Malaysian military really did track this plane as they originally stated. Someone forced them to back down, only to have Boeing blow it wide open once and for all.
THIS RE-CONFIRMS AN AWACS HIJACKING, THEY REMEMBERED TO JAM RADAR AND THE TRANSPONDER, BUT DID NOT TAKE INTO ACCOUNT ALL DETAILS AND MISSED A HUGE ONE.

From http://www.jimstonefreelance.com
Malaysian airlines flight 377 has been provably hijacked by an AWACS plane. This is outlined in the updates below.

The Malaysian military tracked this plane for a full hour with military radar after it “vanished from civilian radar because “the transponders were switched off” (B.S.) radar is radar, it does not need a “transponder” to track a plane. And Awacs would have shut down any transponder for a plane kidnapping anyway, it took no terrorist to do it. Radar is there to prevent private planes which have no transponders from hitting commercial ones among other things, and if radar can see a private plane that has no transponder it certainly can see a huge jumbo jet. So you can take the transponder lies and trash them.

But the plane DID disappear from civilian radar even though military radar tracked it for a now admitted full hour longer. Only an AWACS type system could do this. When I refer to Awacs in this context, it means any plane that looks like this, and they have multiple purposes, not only radar.


What could make a plane disappear from civilian radar while at 36,000 feet yet still be visible on military radar? ONE THING, and it looks like a UFO (as some have speculated) only it’s attached to a boeing jet – the antenna on a U.S. Air Force AWACS plane. The fact that this missing jet vanished from civilian radar yet remained visible on more robust military radars proves well enough for me that this indeed was an AWACS hijacking, just like we saw on 9/11 where AWACS planes were seen on video observing if not controlling the crashes into the twin towers. 

Friday, March 21, 2014

Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 KPM Lepasan SPM


guru


Borang permohonan kursus maktab perguruan 2014 KPM lepasan SPM PPISMP. Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) kini dibuka mulai 10 Mac 2014 sehingga 30 Mac 2014 secara online. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
Butiran Program Kursus Maktab Perguruan 2014
Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
Syarat Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan
    ii. Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).
 Cara Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 (PPISMP) Lepasan SPM
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm mulai 10 Mac 2014.
2. Sila klik DAFTAR BARU sekiranya ada belum lagi mendaftar.
2. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.  Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2014 (12 Tengah Malam)
Kalendar Aktiviti Permohonan Maktab Perguruan 2014 (Lepasan SPM)
kalendar

Tuesday, March 18, 2014

MH370 Kapten Zaharie Diarah Bertugas Walau Dalam Percutian Bukti Konspirasi Wujud Sejak Awal


Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan?

Pihak atasan itu siapa? Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.

Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. - SUMBER

Ini buktinya ... saksikanlah apa kata wanita ini
My dearest hubby Anas Mazlin suppose to fly that flight to Beijing 

Sunday, March 9, 2014

LELAH LAGI....

Hari ini anak ketigaku mengalami lelah yang sudah lama tidak dialaminya. Namun akibat jerebu yang melanda sepanjang 2 minggu ini masalah penafasannya terganggu sehingga anakku lelah. 
Walaupun aku telah mengambil langkah dengan memakainya penutup mulut namun sudah menjadi kerenah kanak-kanak penutup mulut itu sekadar hiasan baginya. Walaupun begitu aku bersyukur kerana lelah anakku ini tidak membahayakannya. Alhamdulilah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...