Blogroll

Monday, March 24, 2014

Pesawat MAS MH370 Disahkan Terhempas Di Lautan Hindi



Pesawat MAS MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak ketika sidang media jam 10.00 malam di PWTC 24 Mac 2014. Berikut adalah intipati rasmi mengenai sidang media yang diumumkan oleh Najib sendiri.
Intipati Ucapan Rasmi MH370 Perdana Menteri Malaysia
  •  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) pada jam 10.00 malam ( 24 Mac 2014).
  • Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
  • Kawasan  Lautan Hindi yang terletak di Koridor Selatan adalah  kawasan terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.
  • Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita PM Najib Razak mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...