Blogroll

Friday, March 21, 2014

Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 KPM Lepasan SPM


guru


Borang permohonan kursus maktab perguruan 2014 KPM lepasan SPM PPISMP. Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) kini dibuka mulai 10 Mac 2014 sehingga 30 Mac 2014 secara online. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).
Butiran Program Kursus Maktab Perguruan 2014
Nama Program: Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
Syarat Kelayakan Asas
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan
    ii. Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).
 Cara Permohonan Kursus Maktab Perguruan 2014 (PPISMP) Lepasan SPM
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm mulai 10 Mac 2014.
2. Sila klik DAFTAR BARU sekiranya ada belum lagi mendaftar.
2. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
4.  Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Tarikh Tutup Permohonan
30 Mac 2014 (12 Tengah Malam)
Kalendar Aktiviti Permohonan Maktab Perguruan 2014 (Lepasan SPM)
kalendar

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...