- Jika dihimpunkan kesemua arang, minyak dan gas di seluruh planet bumi, ia hanya mampu untuk mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
- Porpoise, sejenis ikan paus yang bermuncung seperti ikan lumba-lumba, akan berenang dalam bulatan secara perlahan-lahan ketika sedang tidur.
- Setiap bintang akan selesai mengelilingi galaksi Bima Sakti setiap 200 juta tahun sekali atau lebih.
- Straw dipercayai dicipta oleh pembuat bir pada zaman Mesir purba bertujuan untuk merasa hasil bir ciptaan mereka tanpa mencecahkan bibir pada buih bir tersebut yang timbul di dalam bekasnya.
- Perkataan ‘cop’ berasal daripada ‘Constable on Patrol’ yang sering digunakan oleh anggota polis di England.
- Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.
- Terdapat kira-kira 15gram garam dalam setiap gelen air laut.
- Pada tahun 1983, seorang artis Jepun, Tadahiko Ogawa telah membuat potret Mona Lisa yang kedua. Bukan dengan cat, tetapi menggunakan serbuk roti.
- Pada tahun 1990, sekumpulan jurutera telah memecahkan batu terakhir di dalam terowong kereta api dasar laut yang dibina merentasi Selat Inggeris. Dengan siapnya terowong dari England ke Perancis itu, bermakna Britain dan tanah besar Eropah yang dahulunya bercantum (pada Zaman Ais) telah dapat disatukan semula.
- Bukan saja ular, malah manusia juga ‘bersalin kulit’. Seumur hidup, kita ‘bersalin kulit’ kira-kira 1,000 kali, iaitu apabila sel-sel kulit yang mati digantikan dengan yang baru.
- Di hutan Irian Jaya, wujud satu puak asli berkulit putih dan bertubuh tinggi yang menggunakan burung kakak tua sebagai pemberi amaran kepada orang asing yang cuba menceroboh kawasan petempatan mereka.
- Di Papua New Guinea pula, terdapat kampung-kampung yang jaraknya hanya 3 kilometer antara satu sama lain tetapi penduduknya menggunakan bahasa yang berlainan.
- Di Pergunungan Andes, penduduk di kawasan itu biasanya mengukur masa dengan berapa lama sebatang rokok itu habis dihisap.
- Di kawasan Artik, ada waktunya matahari kadangkala kelihatan berbentuk empat segi.
Tuesday, June 19, 2012
FAKTA PELIK MENARIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment