Transit planet Zuhrah adalah fenomena
astronomi ketiga yang berlaku pada tahun 2012.Pada 20 Mei gerhana
matahari dan 4 Jun tempoh hari telah berlaku fenomena gerhana bulan
separa dan Malaysia adalah salah sebuah daripada negara Asia lain yang
dapat menyaksikannya
Hari ini fenomena yang luar biasa dan
julung kalinya berlaku iaitu transit planet Zuhrah.Secara ringkas
mengenainya,planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan
ia dapat dilihat pada permukaan matahari
Semasa proses transit itu,planet Zuhrah
akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi
hadapan permukaan matahari
Untuk makluman dijangka proses transit seterusnya akan berlaku pula pada tahun 2117 iaitu 105 tahun yang akan datang
Di Malaysia,keseluruhan proses transit
ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di
Sandakan.Bermula sentuhan pertama pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada
pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari
Sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah
hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar
dan sentuhan keempat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah
meninggalkan sepenuhnya matahari.
0 ulasan:
Post a Comment