Thursday, June 28, 2012
Facebook - Apa yang perlu anda lakukan terhadap si mati di facebook?
akhir-akhir ini banyak penulisan yang berkisar tentang wanita yang tidak menutup aurat di facebook antaranya ada satu kisah dimana ibu kepada seorang perempuan selalu bermimpi anaknya menangis kerana tidak sempat untuk membuang gambar peribadi anaknya yang tidak menutup aurat di facebook. antara benar atau tidak saya sendiri tidaklah tahu kerana saya juga membaca dari penulisan bukan mendengar dari mulut ibu simati sendiri.
hari ini ada pula seorang rakan yang sharekan satu profile dan satu fan page seorang remaja perempuan yang dikatakan telah meninggal dunia . dilihat dari gambarnya memang ada beberapa gambar yang tidak bertudung dan mendedahkan aurat. saya tidak berapa setuju dengan perkongsian ini seterusnya saya memberikan komen yang berbunyi "bukankah lebih ramai lagi yang akan melihat aurat si mati ini jika anda share" lebih kurang begitulah maksud komen saya .
jadi saya syorkan kepada saudara atau rakan-rakan simati yang mengenali simati mengunakan satu perkhidmatan dari facebook untuk membuang akaun si mati dari facebook.
https://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=deceased
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment