Blogroll

Thursday, June 21, 2012

KOLEKSI MUTIARA KATA-KATA HIKMAH USTAZ AZHAR IDRUS

Ustaz Azhar Idrus siapa yang tidak kenal kan? Boleh dikatakan Ustaz Azhar Idrus ini merupakan Ustaz Selebriti Tanahair. Bila disebut nama beliau di twitter dan facebook memang tidak asing lagi. Banyak video-video ceramah ustaz azhar idrus boleh didapati menerusi youtube dengan ceramah beliau mengenai hukum hakam agama dalam isu semasa.

Ustaz Azhar Idrus 1024x485 Koleksi Mutiara Kata Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus

Pasti ramai yang cari Koleksi Mutiara Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus kan? Baiklah disini hariz akan berkongsi dengan anda semua Koleksi Mutiara Kata-Kata Hikmah Ustaz Azhar Idrus mengenai soal hati cinta dan nikah. Kutipan dari video youtube Ustaz Azhar Idrus sendiri. Jom cekediau.

Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
  • Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
  • Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
  • Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
  • Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
  • Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
  • RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
  • HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
  • Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
  • Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
  • Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
  • Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
  • Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
  • Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.
  • Hukum bercinta sebelum berkahwin adalah HARAM kerana bukan dari sunnah Nabi.
  • Cinta, Kasih, Nak bergalok, adalah selepas nikah baru seronok,
  • Dop Payah nikoh ni, bende yang mudoh.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...