Blogroll

Friday, December 25, 2009

GAMBANG WATER PARK

Penghujung 2009, aku telah membawa keluargaku mengunjungi Gambang Water Park yang baru dibuka di Gambang, Kuantan Pahang Darul Makmur. Sebagaimana biasa, aku dan isteriku sering membawa anak-anak kami untuk bermain air di mana-mana sahaja tempat yang mampu kami kunjungi seperti Melaka Water World, Pedas Wet World dan sebagainya.
Rumusan yang dapat aku buat mengenai Gambang Water Park ini ialah SEDIAKAN WANG SECUKUPNYA. Kenapa aku kata demikian kerana aku dapati hanya bayi sahaja dibenarkan masuk tanpa bayaran. Selain itu kanak-kanak yang tidak melebihi 90 cm juga dibenarkan masuk tanpa bayaran. PERSOALANNYA, berapa ramaikah kanak-kanak yang ketinggian mereka kurang 90 cm.
Apa pun Gambang Water Park MENARIK.

Saturday, December 19, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam semoga tahun baru ini memberi kesempatan kepada kita untuk mendekatkan diri kepada-Nya.

Friday, December 18, 2009

Cukur Jangan Tak Cukur

Aksi anak bongsuku (setakat ini) Muhammad Amirul Darwisy sewaktu membotakkan rambutnya buat kali kedua.

Sunday, December 13, 2009

Kisah Teladan - PAKU

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku."Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. Ayah pemuda itu menyuruh pemuda itu memaku dinding di depan rumah mereka setiap kali pemuda itu marah.

Pada hari pertama sahaja pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya dan begitu juga dengan jumlah paku yang digunakan turut berkurang. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dengan mengetuk paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari di mana pemuda itu tidak marah walau sekalipun.

Dia memberitahu kepada ayahnya mengenai perkara itu dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh pemuda itu mencabut kembali pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada ayahnya dengan perasaan penuh bangga.

Bapanya lantas memimpin tangan pemuda itu ke tembok tersebut lalu berkata " kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya".

"Tetapi ingatlah tak kisah beberapa kali kau nak memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka dihati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Oleh itu janganlah cepat marah serta maaflah sesiapa jua sekiranya seseorang itu pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati kita", jelas ayah pemuda itu.

Tuesday, December 1, 2009

Akibat mulut

Pada 28 November 2009 iaitu Hari Raya Aidil Adha yang kedua, aku sekeluarga telah berada di Kemaman (rumah nenek isteriku). Lebih kurang pukul 3:00 petang, kami sekeluarga ke rumah mak saudara sebelah isteriku yang tinggal di perumahan Taman Geliga.
Semasa datang beraya di rumah mak saudara sebelah isteriku itu, satu peristiwa yang amat mengujakan telah berlaku di depan mataku angkara MULUT dan LIDAH yang tidak bertulang tu. Apa tidaknya sibuk-sibuk aku nak beraya tiba-tiba terdengar kegemparan bunyi orang bertengkar. Seorang lelaki yang sememangnya berbadan sasa (yang telah menjadi sasaran penduduk taman kerana mulut dan sikap berlagaknya itu) telah bertengkar dengan seorang wanita yang mempertahankan ibunya yang ingin dilanggar oleh pemuda ini pada sebelah paginya.
Pemuda ini telah mengeluarkan kata-kata yang amat tidak enak didengari apatah lagi oleh kanak-kanak yang berada di situ. Wanita yang cuba mempertahankan ibunya terpaksa mengalah ekoran ingin menjadi status kewanitaanya (pendapat akulah) kerana ramai orang yang melihat adegan tersebut. Tak kala pemuda ini ingin pulang ke rumahnya, tiba-tiba seorang lelaki telah memanggil pemuda ini ke sebuah rumah. Maka dengan gagahnya pemuda yang berbadan sasa ini menuju ke rumah pemuda yang memanggilnya. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sekumpulan lelaki juga menuju ke rumah pemuda berbadan sasa itu pergi dengan salah seorang daripada mereka membawa sebatang kayu yang agak sesuai untuk memukul orang.
Apa lagi tak sampai seminit aku mendengar bunyi tumbukan dan jeritan dari sang isteri agar pergaduhan yang tercetus itu berhenti. Lebih kurang 3 minit juga barulah aku melihat sekumpulan lelaki keluar dari rumah itu dan seminit selepas itu aku melihat lelaki bertubuh sasa itu keluar dengan berlumuran darah di mulut dan badannya yang tidak berbaju.
Lelaki berbadan sasa itu terus menaiki keretanya menuju ke hospital sendirinya. Tetapi niatnya terhenti kerana sebuah kereta peronda datang ke tempat kejadian tersebut. Lelaki itu telah meminta polis menahan beberapa orang yang dia kenal pasti telah memukulnya. Tetapi anggota polis yang berpangkat sarjan itu bertindak secara profesional dengan mengarah pemuda itu untuk ke balai untuk membuat laporan. Lelaki yang kena belasah itu tidak puas hati dan meminta sarjan itu menangkap lelaki yang memukulnya dengan memberi arahan dengan nada yang agak keras. Sarjan itu masih meminta lelaki itu ke balai untuk membuat laporan agar tindakan susulan boleh dibuat. Lelaki itu terpaksa mengalah jua akhirnya.
Selepas itu aku melihat tiga buah kereta telah menuju ke balai polis termasuklah wanita yang mempertahankan ibunya.
Pengajaran dari kisah ini ialah kita yang hidup berjiran perlu ada rasa tolak ansur antara satu sama lain. Di samping itu juga kita perlu menjaga mulut dan lidah kita agar tidak menyakiti orang lain.

Thursday, November 26, 2009

Hari Raya Korban

Hari Raya Korban Aidil Adha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidil Adha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Sunday, November 22, 2009

Langkawi Oh Langkawi Bahagian 2

Sebaik sahaja selesai menikmati sarapan pagi di hotel, kami telah dimaklumkan akan melawat ke Galeri Perdana tempat yang mempamerkan semua barang yang berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Perjalanan ke galeri itu mengambil masa hampir setengah jam.
Sebaik tiba di Galeri Perdana, hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami. Seperti biasalah bayaran dikenakan sebelum masuk ke dalam. Itulah untungnya jadi rakyat Malaysia melihat khazanah bangsa sendiri perlu mengeluarkan belanja. Jangan satu hari nanti salahkan generasi muda yang lupa akan khazanah dan sejarah mereka sendiri akibat ingin mencari keuntungan semata-mata.Kami berada di situ hampir setengah jam. Memang menarik di Galeri Perdana kerana pelbagai barang berkaitan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat.
Selepas itu, kami sekali lagi dibawa untuk membeli belah buat kali terakhir sebelum kami bertolak pulang ke Kuala Rompin. Sebaik sahaja aku dan isteri membeli barangan yang kami inginkan, kami telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan rombongan bagi memberi laluan kepada anakku yang bongsu mendapat rehat yang cukup bagi memastikan dia tidak meragam dalam perjalanan pulang.
Kami berlepas dari jeti Pulau Langkawi pada pukul 2:30 petang dan sampai di jeti Kuala Perlis sejam kemudian. Selepas menyimpan barang di perut bas, kami bertolak pulang ke Kuala Rompin tepat jam 3 petang. Perjalanan pada kali ini amat menyeronokkan kerana kami dapat melihat pemandangan di negeri Perlis dan Kedah yang sememangya terkenal dengan pemandangan sawah padinya.
Kami selamat tiba di perkarangan SK Sungai Puteri sekitar jam 5:30 pagi. Aku dan keluarga selamat tiba di rumah 10 minit kemudian. Walaupun penat namun kami tetap gembira menimba pengalaman di tempat orang. Aku dan isteri akan ke Langkawi lagi kerana MISI KAMI belum selesai...................

Tuesday, November 17, 2009

Langkawi Oh Langkawi Bahagian 1

Pada 13 hingga 15 November 2009 aku sekeluarga berkesempatan untuk mengikuti rombongan SK Sungai Puteri ke Pulau Langkawi. Kami bertolak dari perkarangan SK Sungai Puteri sekitar jam 5 petang, 13 November dan tiba di hadapan masjid besar Kuala Perlis 5:30 pagi untuk kami membersihkan diri dan mendirikan solat Subuh berjemaah.
Selesai sahaja solat Subuh, rombongan terus dibawa ke Jeti Kuala Perlis. Walaupun feri yang kami naiki pada pukul 8 pagi, namun apakan daya kerana sudah adat mengikuti rombongan kena ikut kata mastermind. Namun itu semua aku tak kisah kerna aku perlu melayani 3 orang anakku. Aku juga terpaksa membeli handplas memandangkan anak keduaku melecet kakinya kerana stokin yang dipakainya telah basah dan terpaksa memakai kasut tanpa stokin. Itu pasallah kakinya melecet.
Tepat jam 8 pagi, tiba giliran rombongan kami menaiki feri. Anak sulung dan keduaku paling teruja maklumlah kali pertama naik feri. Semasa di dalam feri aku sempat merakamkan panorama yang dapat dilihat disepanjang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi.
Lebih kurang sejam berada di dalam perut feri itu, kami selamat sampai di Pulau Langkawi. Alangkah terkejutnya aku melihat begitu ramai orang mengunjungi Pulau Langkawi ini. Rombongan kami telah disambut oleh Encik Azizan atau lebih dikenali dengan Pak Zan. Beliau merupakan pemandu pelancong kami sepanjang kami berada di Pulau Langkawi ini.
Tempat pertama yang kami lawati ialah tempat membuat minyak gamat. Di sini pelbagai produk berasaskan gamat dijual. Aku turut mengambil kesempatan untuk merasai air tongkat ali. Isteriku dan ahli rombongan yang lain mengambil kesempatan membeli produk yang dijual disitu. Apa yang menarik tentang tempat ini ialah sebaik sahaja kami turun dari bas, seorang pemuda telah merakamkan aksi kami semasa turun dari bas. Aku berasa hairan kenapa perlu pemuda ini merakam kami. Kami bukan artis atau orang kenamaan. Rupa-rupanya bila aku bertanya kepadanya, dia menerangkan bahawa gambar yang dirakamkannya akan diproses untuk dilekatkan pada piring dan kemudiannya dijual kepada kami sekiranya kami berjaya menjumpainya.
Tempat kedua yang kami lawati ialah Makam Mahsuri. RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas dikenakan untuk masuk ke makam ini. Sebaik masuk ke perkarangan makam ini kami terus dibawa menonton lakonan semula kisah Mahsuri yang menyayat hati. Kemudian kami berjalan sekitar kawasan makan itu. Seperti biasa aku sempat merakamkan panorama di situ.
Selepas melawat Makam Mahsuri, kami telah dibawa untuk menjamu selera kerana jam telah menunjukkan pukul 1 petang. Sebaik sahaja selesai makan tengah hari. Kami dibawa ke hotel tempat di mana kami menginap. Kami dibenarkan berehat selama sejam sebelum perlu berada di lobi hotel pada pukul 3 petang untuk menyambung lawatan kami.
Tepat jam 3 petang, kami telah dibawa ke tempat membeli belah yang terkenal di Pulau Langkawi iaitu Haji Ismail Group. Inilah syurga orang perempuan, aku tanpa diminta menjaga anak-anakku sementara isteriku sibuk memilih barang yang diingininya. Alhamdulilah semasa berada di situ hari hujan menyebabkan cuaca tidak begitu panas dan anak-anakku tidak meragam.
Selepas hampir 2 jam 30 minit, rombongan kami telah dibawa ke satu lagi tempat membeli belah di pulau lagenda ini iaitu di Idaman Suri. Kaum wanita tersenyum lebar manakala kaum lelaki sibuk meraba poket belakang merasai isi dompet yang masih ada.
Tepat jam 7 malam, kami telah dibawa ke Restoren Buluh untuk menikmati makan malam. Restoren yang dibina dekat dengan pantai amat menarik sekali pemandangan dengan tiupan bayu laut yang nyaman dan menyegarkan. Namun aku, isteriku dan anak keduaku terpaksa melupakan hasrat untuk menikmati juadah pada malam itu kerana anak ketigaku yang berumur 4 bulan meragam untuk tidur. Walaupun dicuba untuk menidurinya namun dia tetap berkeras untuk tidur dengan selesa. Aku terpaksa mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke hotel dengan menaiki teksi yang kebetulan menghantar pelanggan ke restoren itu. Sikap pemandu teksi ini yang bersimpati dengan masalah kami amat aku hargai.
Sebaik sahaja sampai di bilik anakku terus tidur dengan lenanya di dalam dakapan ibunya. Begitu juga dengan anakku yang kedua. Aku perlu menantikan kepulangan anak pertamaku yang aku tinggalkan dengan rakan setugasku Cikgu Zulfikri dengan isterinya. Alhamdulilah tepat jam 8:50 malam anakku yang sulung tiba di muka pintu bilikku.
Selepas itu faham sajalah apa yang berlaku tak lain dan tak bukan tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk meneruskan aktiviti pada keesokkan harinya....

Saturday, October 31, 2009

Happy birthday to you, SAYANG


Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir Sayang,
Selamat Hari Lahir.
HARI LAHIR ISTERIKU YANG TERCINTA. GENAP 33 TAHUN.
TAPI MASIH AYU DAN JELITA.
MANTOOOOP GITU.

Wednesday, October 28, 2009

Regency oh Regency

Pada 26-28 Oktober 2009, aku dikehendaki menghadiri Bengkel Pengurusan Aset Daerah di Regency Hotel, Kuala Lumpur. Pemergianku dan rakan-rakan dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Rompin.

Bengkel ini memberi aku banyak pengetahuan cara untuk mengendalikan aset alih kerajaan Malaysia dengan baik. Walaupun banyak prosedur dan tatacara yang perlu diikuti, namun semua itu memerlukan jangka masa yang panjang untuk menjadi seorang pengawai aset yang cemerlang SEBAB APA kerana bidang tugasku yang utama ialah MENDIDIK ANAK BANGSAKU.

Sepanjang tiga hari berada di hotel ini, kami dihidangkan dengan kari dan daging kambing sehingga aku naik muak dan mungkin naik darah sebab asyik makan daging kambing. Kekadang aku merasakan aku tidak berada di MALAYSIA tanahair yang aku cintai kerana kebanyakkan pekerja di hotel ini berbangsa Nepal dan Bangladesh.
Apa pun aku tidak hairan kerana aku boleh agak ke mana hilangnya rakyat kita dewasa ini......

TETAPI yang menarik perhatianku sepanjang berada di hotel ini ialah sebuah motosikal yang dipamerkan. (gambar atas)

Pembaziran

IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahualam..

Monday, October 19, 2009

CUTENYEEE

FAKTA MENARIK


  • Bayi A dan bayi C merupakan sepupu.

  • Bayi C lahir pada 24 Julai 2009 manakala bayi A lahir pada 25 Julai 2009.

  • Bayi A dan bayi C lahir di tempat yang sama iaitu di Dewan Bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.

  • Bayi B merupakan anak saudara sepupu kepada bayi A, bayi C dan bayi D.

  • Lahirnya bayi B menyebabkan seluruh anggota keluargaku menjadi tua kerana mendapat pangkat pak saudara, mak saudara, datuk, nenek, nyang, nyek dan sebagainya. TERMASUKLAH aku mendapat gelaran datuk.

  • Bayi D baru berumur sebulan lebih.

Sunday, October 18, 2009

Majlis Cukur Jambul

Pada 17 Oktober 2009, adik bongsuku telah mengadakan Majlis Cukur Jambul anaknya yang kedua di rumah kedua orang tuaku di Kampung Jawa, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur. Kiranya Majlis Cukur Jambul anak saudarakulah. Ramai kenalan, sahabat, jiran dan ahli keluarga yang hadir ke majlis ini. Juadah yang disediakan merupakan ayam masak kicap, kari kambing, ikan masin goreng, sambal belacan, sayur pisang, nasi putih dan air anggur.
Sebagaimana biasa, pada majlis sebeginilah ramai sanak-saudara yang datang berkumpul bagi memeriahkan majlis ini.Dengan kuasa yang ada, aku telah mengeluarkan arahan untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Alhamdulilah arahanku itu didengari oleh mereka. Walau bagaimanapun tidak semuanya yang menyahut arahan itu, namun sebilangan besar ahli keluargaku dapat diabadikan gambar mereka.
Terima kasih, semua.

Tuesday, October 13, 2009

Sebelum KITA

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

sumber dari: mutiarakatahikmah.blogspot.com

Friday, October 9, 2009

Peliknya Manusia

PELIK YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila dibawa ke pasaraya.

PELIK YA, 30 minit terasa lama untuk berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

PELIK YA, tak sampai 30 minit mendengar khutbah Jumaat dah rasa jemu, tetapi tidak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua puluh 24 jam.

PELIK YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasat tidak sabar-sabar nak pergi membeli belah, tetapi dengan laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK YA, pasar malam jauh sanggup nak kereta pergi, tetapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau bersolat, tetapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tetapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaan lama dan panjang.

PELIK YA, rasa susah sungguh untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman, tetapi majalah hiburan dan novel best seller 1000 halaman habis dilahap.

PELIK YA, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang dilayang di internet, tetapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan Al-Quran.

PELIK YA, kita boleh mengirim ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel dan sms, tetapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

PELIK TAK KITA...... ?
Tepuk dada ..... tanyalah iman di hati

Thursday, October 8, 2009

cicak yang HEBAT

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata.Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan.

Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas.

Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali.

Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN :-Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

KUNCI KEJAYAAN

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan sertakasih-mengasihi sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

Wednesday, October 7, 2009

Kerana KITA LEKA

Mungkin kita leka hari ini,
Seringkali bila benda terlepas dari gengaman,
Ucapan "ooopsss" mendahului "Allah",
Tak kala perut yang lapar sudah berisi,
"Ha .... kenyang" mengatasi "Alhamdulilah",

Bila diri terpegun dengan keindahan dunia,
"SubhanaAllah" tertutup oleh "cantiknya".... ,
Ada masanya berita kematian mengunjungi,
Kasihannya .... terucap juga,
Kerana kita lupa kepada "Inna Lillahi
wainna Ilaihi Rajiun" ....

Kadang kala kita lupa,
Kadang kala kita sengaja,
Mungkin kerana terbiasa.

Namun teman .....
Walaupun kita lupa, sengaja, suka atau terbiasa,
Berhati-hatilah ......

Agar .....
Bila nama Izrail tiba membawa berita,
Ucapan "Lailahaillah" ..... kau tetap juara,
Mengatasi segala kata-kata,
Inilah, inilah, inilah ...... kerana kita leka,
Hari ini, esok, lusa dan SELAMANYA ....

Tuesday, October 6, 2009

KITA Sebenarnya....

Kita sebenarnya.....
Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram.
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.
Lebih suka lepak, tidur, menonton tv daripada sembahyang.
Lebih kenal artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah.
Lebih suka menyebut hello daripada Assalammualaikum.
Lebih suka nyanyian rap daripada wirid atau tahmid.
Lebih suka memuji manusia daripada Allah.
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama.
Lebih suka ke konsert dan karaoke daripada ceramah agama.
Lebih suka mengumpat daripada memuji.
Lebih suka mencarut, @#*!! Daripada menyebut MasyaAllah.
Lebih suka kemungkaran daripada kebaikan.
Lebih berbangga dengan kejahilan daripada syukur dengan keimanan.
Lebih cintakan urusan dunia daripada akhirat.

Tetapi bila orang Tanya arah tujuan kita, kita akan jawab .....
Kita sebenarnya .....
Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka
TETAPI layakkah kita dengan syurga milik ALLAH ?

Monday, October 5, 2009

Apa kata HARI ESOK

Apa kata hari esok,
Anak-anak kita pegang komputer,
Terhuyung-hayang ke sana ke sini,
Tiada perlu bantuan ku.

Apa kata hari esok,
Lilin ditiup menyambut hari jadi,
Majlis tari menari menganti kenduri,
Doa bertukar jadi nyanyian.

Apa kata hari esok,
Masjid dan surau tempat yang usang,
Serban dan kopiah pak lebai di muziumkan.

Apa kata hari esok,
Berpusu-pusu orang melihat konsert,
Ceramah agama buat-buat tuli,
Kitab suci lapuk di kamar,
Majalah hiburan laris di pasaran.

Apa kata hari esok,
Pulang ke kampung "hello mummy"
Balik ke bandar "bye bye daddy"
Yang lelaki pakai subang,
Yang perempuan dan macam beruang.

Apa kata hari esok,
Bahasa ibunda dicemari,
Populasi, meditasi, motivasi,
Perspepsi, inovasi, produksi,
Ivolasi dan mungkin seksi.

Pada semua apa kiranya,
Kita jenguk kembali ke tempat asal,
Jaga budaya dan juga akhlak,
Kesatuan diterapkan,
Agama diutamakan.

FLIGHT MM001 KE ALAM BARZAKH

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh,
One way flight yang tiada jalan pulangnya,
Bila pergi.... ianya akan selamanya,

Corfirm flight yang tidak perlukan waiting list,
Tak perlu booking dari awal,
Tak ada list call untuk boarding,
Tak ada bagasi untuk di scan,
Tak ada member tempat duduk yang perlu dicari,
Tak ada class atau VIP,
Tak ada juice dalam penerbangan,
Tak ada demo keselamatan,
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan,
Tak ada awan yang penuh keindahan,
Dan tak ada ucapan selamat dari juruterbang.....

Yang ada..... Adalah check in dari Izrail,
Yang akan datang memanggil,
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan,
Hanya soalan dari Mungkar dan Nakir,
Hanya bacaan talkin yang menginsafkan,
Hanya gelombang sakaratul maut,
Hanya ujian pertarungan dengan syaitan,
Yang cuba menyesatkan akidah dengan 1000 penyamaran,
Hanya iringan Yasin dan bacaan doa,

Hanya amalan yang discan,
Untuk rujukan di liang perkuburan,
Kalau hina jadilah lubang neraka.

Kita corfirm akan ke sana,
Tidak ada yang terlepas dari persoalannya,
AWAS!!! Dan ingatlah.....
Corfirm flight ini akan tiba jua.....

Tuesday, September 22, 2009

Sambutan Aidilfitri 1430H

Pada tahun ini sambutan Aidilfitri disambut di kampung halaman ku di Kampung Jawa,Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

Apa yang bestnye tentang raya tahun ini adalah kerana:-
- Kehadiran cahayamataku yang ketiga

- adikku dan keluarganya yang dah lama
berkhidmat di Labuan, sambut raya bersama

































Wednesday, September 9, 2009

BUANG VIRUS DARI INDONESIA DAN MALAYSIA DENGAN ANTIVIRUS TEMPATAN

Kadangkala, antivirus yang terkenal seperti Avira dan Kaspersky tidak dapat mengesan sebilangan jenis virus yang tedapat dalam komputer kita, terutamanya virus tempatan yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jadi untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan antivirus yang juga merupakan buatan tempatan.
Di Malaysia sendiri, antivirus tempatan yang terkenal adalah
GeeKz Virus Remover (GVR) yang dihasilkan oleh ApoNie. Di samping berfungsi untuk membuang virus, ia juga boleh memperbaiki registry yang telah dirosakkan oleh virus.
Bagi antivirus dari negara jiran pula, Raymond ada menulis tentang
12 Perisian Antivirus dari Indonesia yang berkesan dalam membuang virus-virus yang juga berasal dari Indonesia, seperti Brontok dan JambanMu. Antara antivirus yang diperkenalkan adalah PCMedia Antivirus, ANSAV, SmadAv, dan banyak lagi.
Meskipun antivirus-antivirus yang disebutkan di atas masih belum mampu menandingi antivirus terkemuka seperti Avira dan Kaspersky, namun anda boleh gunakannya sebagai tambahan kepada antivirus sedia ada.
Kebanyakan dari antivirus tempatan ini adalah bersifat mudah alih, jadi anda boleh masukkannya ke dalam USB drive untuk digunakan pada komputer-komputer yang lain.

Wednesday, July 29, 2009

Kelahiran Anak Ketiga


Jika ditanya kepada seorang bapa, atau ibu, apakah antara peristiwa yang manis dalam hidupnya, tentu antara jawapannya ialah ketika dia menyambut kelahiran anak. Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Sebagai insan di muka bumi ini, aku juga tidak lepas mengalami peristiwa yang manis ini. Pada 25 Julai 2009 pukul 3:58 petang maka lahirlah anakku yang ketiga. Bayi lelaki yang cukup montel dan cute.

Perasaan girang, syahdu dan tenang membelai hati apa lagi selepas memandang dan memeluk anakku buat kali pertama. Ku lontarkan Assalammualaikum sebagai pembuka bicara antaraku dengan anakku kerana aku pasti dia akan kenal suara itu memandangkan aku sering mengucapkan salam ketika dia masih di dalam kandungan isteriku.

Setelah itu aku terus mengazankannya dengan harapan ia menjadi hambaNya yang beriman kepadaNya dan Rasullullah.
Aku amat bersyukur kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rekezi anak kurniaaanNya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya. Syukur atas kehilangan rasa runsingku menanti kelahiran anakku ini, dan syukur atas segalanya. Aku yakin bahawa Allah menjamin akan menambahkan nikmat kepada hamba-hambanya yang bersyukur.
Lantas kucapai telefon bimbit Nokia N73ku, untuk memberitakan khabar gembira ini kepada keluarga, dan rakan-rakan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk berbanga-bangga. Tapi, atas semangat agama yang menganjurkan agar kita memberitakan nikmat kepada orang lain. Ini kerana memberitakan nikmat adalah sebahagian dari bersyukur. Secara tidak langsung, mereka yang menerima berita dapat mendoakan buat kita dan turut melafazkan syukur kepada Allah.

Thursday, March 12, 2009

Zorro, Robin Hood dan Orang Asli

Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...