Blogroll

Saturday, May 28, 2011

Al-Fatihah Buat Lamin bin Mohd Yusof

lamin
Hari 28 Mei 2011, sebaik sahaja selesai menjawab soalan peperiksaan OUM bagi kertas Prinsip Teknologi Pendidikan, aku meng”on”kan telefon bimbitku. Aku dapati satu panggilan tak dijawab dan dua buah mesej terpapar di skrin telefon bimbitku. Alangkah terkejut diri ini apabila membaca sebuah mesej yang menyatakan Cikgu Lamin bin Mohd Yusof yang mengajar di SK Rompin, Kuala Rompin, Pahang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Walaupun aku tidak rapat dengan beliau, tetapi aku dapati allahyarham seorang yang mudah mesra, peramah dan sentiasa ceria. Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh semua insan yang pernah mendampinginya.
Semoga Allah S.W.T menempatkan roh beliau dikalangan hambanya yang beriman. Al-Fatihah.

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...