Blogroll

Friday, May 6, 2011

KERAJAAN MALAYSIA UMUM HARGA GULA NAIK 20 SEN LAGI

PUTRAJAYA: Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai hari ini, bagi merasionalisasikan harga runcit bahan berkenaan selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi, semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi.
Beliau berkata, walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

“Walaupun harga gula naik 20 sen sekilogram mulai esok (hari ini), kerajaan masih perlu menanggung subsidi untuk bahan itu sebanyak RM283.4 juta setahun.

“Ia kerana langkah penyelarasan semula subsidi sebanyak 20 sen sekilogram itu hanya menjimatkan RM116.6 juta sedangkan harga semasa gula di pasaran dunia ialah RM2.50 sekilogram,” katanya ketika mengumumkan pelarasan subsidi bahan itu di sini, semalam.

INFO: Perbandingan harga gula di negara lain:


  • Indonesia RM3.80 sekilogram


  • Singapura RM3.61 sekilogram


  • Thailand RM2.31 sekilogram


  • Filipina RM4.50 sekilogram
  • 0 ulasan:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...