Dalam melayari bahtera alam rumahtangga, setiap pasangan suami-isteri itu tidak akan lari dari dugaan dan konflik yang saban hari melanda. Itulah realitinya. Memang pada hakikatnya, istilah ‘happily ever after’ memang tidak wujud sebenarnya dalam dunia perkahwinan sebenar.
Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap pasangan suami-isteri seperti kita harus berasa takut atau mudah menyerah kepada takdir semata-mata dalam mengharungi sebarang konflik. Kita perlu bijak dalam menangani isu rumahtangga secera tenang dan berhemah. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 3 tips bagaimana kita boleh mengendalikan sesuatu konflik dalam rumahtangga kita secara berkesan.
TIPS 1: Tetapkan satu matlamat dalam hati kita bahawa kita akan mampu juga akhirnya selesaikan dan tamatkan konflik yang melanda. Bukankah dalam
Islam ada mengajar kita bahawa segalanya bermula dengan niat? Niat yang baik akan mendatangkan kebaikkan kepada
hidup kita. Tetapkan matlamat spesifik yang merangkumi bagaimana pendekatan yang ingin kita ambil, bila kita ingin konflik tersebut selesai dan apakah perkara yang kita bersedia untuk anda bertolak ansur.
TIPS 2: Lakukan muhasabah diri dan fahami apakah yang menyebabkan konflik tersebut terjadi. Apa yang membuatkan kita berasa tertekan. Dari situ, kita hanya perlu fokuskan untuk selesaikan punca tersebut dan akhirnya segala masalah
konflik akan mampu ditamatkan.
TIPS 3: Jika anda sedang bertutur dengan pasangan kita, pastikan kita dengar terlebih dahulu apakah yang ingin disampaikan oleh pasangan kita. Bukan kita yang ‘menyerang’ pasangan kita. Setelah dia habis berbicara, barulah kita
berfikir secara rasional bagaimana kita ingin memberi tindak-balas (feedback) kepada situasi tersebut.
Diiharapkan 3 tip yang saya berikan pada hari ini akan memantapkan lagi diri kita dalam usaha menjadikan rumahtangga kita tetap bahagia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment