|
|
Selepas semusim bersama pasukan remaja Barca bagi pengalaman pertamanya dalam bidang kejurulatihan, dia kemudiannya menjadi jurulatih pasukan utama pada 2008 dan berjaya meraih gelaran kejuaraan liga sebanyak tiga kali.
Ia memang sukar untuk tiba di kelab yang sudah diuruskan dengan baik, malah ia sangat baik.
Pada musim panas 2008 kelab tersebut mula berlaku pergolakan.
Selepas melakar kejayaan sebagai jurulatih, Frank Rijkaard hilang kawalan dan telah disingkirkan.
Pelantikan Guardiola yang kurang berpengalaman dianggap sebagai perjudian besar tetapi dia menerapkan falsafah dalam bola sepak melalui hantaran pantas serta disiplin.
Dia merupakan ikon revolusi pasukan impian Johan Cruyff pada awal 1990-an.
Pengendali dari Belanda memperkenalkan cara serangan yang baru dengan mementingkan pergerakan pasukan secara keseluruhan berbanding individu dan mereka berjaya meraih kejuaraan liga empat kali berturut-turut serta Piala Eropah di Wembley pada 1992.
Bagi mencari cabaran baru, Guardiola pernah berpindah ke Itali pada 2001 dan ia sangat penting baginya membuat persediaan serta disiplin, di mana ia akan digunakannya pada masa akan datang sebagai seorang jurulatih.
Selain kualiti yang dipamerkan setakat ini ia menimbul tanda tanya adakah ia adalah paling terbaik sepanjang zaman, namun Guardiola menyangkal bahawa cara yang digunakannya sama seperti yang dilakukan oleh pasukan impian.
"Mereka adalah perintis dan kami tidak boleh disamakan dengan mereka tidak kira berapa banyak piala yang kami menang. Mereka merupakan pasukan yang berjaya menamatkan kemarau yang panjang dalam sejarah kelab.
"Sejak itu Louis Van Gaal, Rijkaard dan saya telah mencapai kejayaan tetapi semua perkara ini tidak mungkin akan terjadi tanpa kehadiran mereka," kata Guardiola.
Pembangunan pemain muda yang sekarang ini terkenal dengan panggilan 'Masia' di mana sudah memperlihatkan hasilnya adalah satu elemen penting yang diterapkan Cruyff.
Sejak dari itu, kehadiran pemain muda ke dalam skuad utama datang mengikut arus yang betul termasuk Carles Puyol dan Xavi Hernandes tetapi di bawah Rijkaard dan sekarang Guardiola ia telah menjadi satu perkara keutamaan.
Selepas menjadi jurulatih remaja, Guardiola berjaya menjadi jurulatih yang baik dan membuktikan bahawa doa sudah bersedia.
Pemain seperti Sergio Busquets dan Pedro telah dilatih dengan baik serta diserap tentang kesedaran disiplin.
Guardiola membawa falsafah Cruyff dan mampu meraikan kejayaan di Wembley yang mana sebagai pemain dia menolong mentornya mencipta sejarah kelab. - AFP
0 ulasan:
Post a Comment